Followers

Sunday, 14 June 2015

Pembaharuan wuuuuu

As salam.

Ya aku dah putuskan untuk buat pembaharuan kat blog ni.

Pembaharuan apa?

Ya. Aku akan publish kat sini puisi puisi yang lahir dari hati aku. Yang aku tulis bila hati sedih, yang aku tulis bila aku teringat, terfikir terkadang. Mungkin lebih sesuai dipanggil luahan hati. Luahan hati yang aku susun dalam bahasa mudah bagi aku.

Yang bila aku baca, aku rasa.

Ya, I've been trained to be an engineer. Tapi hey, hati dan jiwa aku sastera. Eh suka hati lah. Haha.

Kalau sudi dan berkehendak untuk baca, silakanlah.

Siapa tahu, rasa hati kita--sama.
Kan?

Kbye!

Saturday, 30 May 2015

As the time passes

People changed!

Sunday, 24 May 2015

Mati kutu. Gulp!

As salam.

Hmmm pernah tak, bila sampai waktu busy yang tersangat busy, waktu tuu lah orang nak mesej tanya khabar, waktu tuu lah orang nak ajak mengarut, waktu tuu lah orang macam macam lagi. Tapi layankan sahaja sebab sayang dan respect kawan dan nak jaga hati.

--sampai satu tahap, mungkin makan hati sendiri.

--biasa. Hidup.

Tapi tekanannya, bilamana kita perlukan orang, tapi mereka busy?

Kita nak bebel bebel--busy
Kita nak bergurau bercerita--busy

Dalam hati--aku salah timing ni--

Haah. Salah timing.

Tapi jiwa 'tak tenteram' ni datang suka hati dia jaa. Tak kira timing salah kaa betul. Dia main langgar jaa.

Nak ajak bebel--takdak.
Nak ajak mengarut-- pun takdak.

--MATI KUTU--

Kbye!

Monday, 2 February 2015

'Redha'

As salam.

This entry is not about love or family or friendship whatsoever. It's about a feeling, yes. REDHA.

Pernah tak rasa kecewa yang sampai satu tahap sedih melampau tapi takdak airmata yang nak keluar? Takdak satu kata pun yang terucap? Speechless? Rasa diawangan rasa takpercaya tapi itulah hakikat yang kena terima dengan hati yang terpaksa kena redha. Again, I'm not talking about love problemssss here.

Okay. Sambung.

Kecewa? Ada. Sedih? Ada. Remuk? Sangat. Putus asa? Hampir.

Ya. Rasa yang hampir buat aku terduduk takbangun bangun lagi dah. Rasa takpercaya. Allah jaa tahu. Sungguh, hanya DIA yang Maha Tahu apa aku rasa. Tapi sungguh aku syukur, Allah hadirkan secebis semangat untuk aku teruskan perjalanan. Untuk aku merangkak, berjalan dan terus berlari semula. Semangat untuk aku tinggalkan apa yang lepas. Past is past. Life must go on. Kan?

Tiap apa yang mematah tegakmu,
Tiap yang menolak,
Tiap yang memijak henyak,
Biar dibelakangmu,
Jangan dikenang,
Moga dibuang,
Dendam dan sayu.

Tuhan jangan kau izin aku lupa,
Jangan kau biarkan aku mendepang dada,
Pasakkan hatiku pada kaki,
Paksakan ku tunduk sehingga mati.

--Terbang Tunduk by Fynn Jamal

Allah, andai satu hari nanti kejayaan itu milik aku, jauhkan aku dari sifat riak.

Dalam ujian yang datang, Allah mudahkan satu persatu urusan. Alhamdulillah.

Kita manusia, selalu nampak beratnya ujian, sampai kita lupa nak bersyukur masih ada nikmat yang DIA bagi. Hikmah mungkin taknampak sekarang, satu hari nanti kita akan paham. Sometimes, we just have to look deeper.

Kuatkan aku untuk terus melangkah, untuk takjatuh dan terus terduduk tapi bangun dan sambung langkah yang terseliuh itu, semoga satu hari nanti, aku mampu menoleh melihat hari hari yang berlalu sambil tersenyum berbisik dalam hati,

'I survived that one tough day. Alhamdulillah'

Jangan lupa,

Allah uji sebab sayang, Nadia.

Kbye!

Tuesday, 27 January 2015

The End

As salam.

Oh hai.
Banyak nak story kat sini tapi tapi tapi--tataw nak start!

Wahai idea, pleaseeeee, berdampinglahhhhhhhh T.T

Lotsa things happened these days. Ni kalau takkuat hati ni, memang meraung lama dah haha.

Pernah tak rasa benci dengan orang? Pernah dak?

Dah puas pujuk hati, jangan benci orang biar apapun orang buat kat kita. Tapi sakit hati kot bila kena macam tuu. Just so you know, I'm not that desperate.

I'll be okay. Time heals kan?

Saya dah maafkan awak, tapi untuk jadi macam dulu, itu susah.

Kbye!

Wednesday, 21 January 2015

Ehh kalau dah jodoh, tak kemana lah!

As salam.

Panasnya Kedah sekarang. Tahap panas yang kalau jemur baju pukul 8.30 pagi, pukul 10 pagi dah boleh angkat haaa macamtuu weyy. Phewwww.

Panas sangat, mood aku pun asyik kelaut lahhh. Memang tak steady langsung. Sobsss. Tapi yaa lah. Watlek watpis.

'Kalau dah jodoh, kalau dah jodoh, tidak kemana'

Haaaa terngiang ngiang lagu yang selalu main kat majlis kenduri. Haha.

Dah kenapa time panas macamni nak sembang pasal jodoh, Nadia.

--entah.

Bagi aku kalau dah jodoh, biar apa pun yang hang buat nak larikan diri whatsoever, if it's meant to be, it will be. Dan kalau dah takberjodoh, buat lah macam mana pun sampai tahap larikan diri segala, kalau dah tidak, maka tetap tidak.

Lain orang, lain takdirnya.

Apa yang kita rancang, tak semuanya akan menjadi. Tapi kalau daymh tertulis yang ianya akan menjadi. Jadi. Kun fayakun.

Bila kita rasa down, rasa macam berat beban kita, apa yang kita rancang takmenjadi.

--BERSANGKA BAIKLAH DENGAN ALLAH.

'Kita merancang dengan cita-cita tapi Allah merancang dengan cinta'

Sungguh, Allah tak kejam.

Kita mungkin taknampak hikmahnya sekarang, one day, InsyaAllah. Have faith. Jangan putus asa.

Walau macam mana patah ranap pun hati kita, jangan pernah bersangka buruk dengan Allah.

Mungkin harini kita diuji dengan kesedihan, tapi mungkin esok kita akan senyum bahagia.

Wiwiwiwiii.

Terima kasih Allah atas nikmat kebahagiaan ini. Terima kasih.

Dan untuk yang sudah bertemu jodoh, tahniah untuk awak. Dan yang masih dalam perancangan, moga Allah permudahkan. InsyaAllah amin.

Penat Nadia bebel. Haha

Kbye!

**aku mudah jaa, kalau berani, datang minta izin mak and abah, saya on jaa. Haha. Dengan syarat, terima B, my only niece. Otherwise, the answer is NO. As simple as that.

I don't mind!

As salam.

Jangan tinggalkan aura mu
Di sekeliling ku~~~~

Amboi. Mark Adam sangattt.

Haha. Bebel Nadia bebel.

Hmmmm

Taktahu lah bebel ni sebab bakat or genetic. Bhahahaaa. Perempuan kan. Bila dia bebel melalut sana sini naik bukit turun bukit terjun laut jatuh lubang sampai haaaaa last sekali---penat aku bebel macam ni. Fullstop.

Sigh.

Perempuan ni ingat every details. Haaa selalunyaa lah. Tapi lelaki, simple sangat pulak. Sampai rasa bengang pun ada haha. Perempuan bila bercakap or bercerita, siap ada penanda wacana semua. Tapi lelaki selalunya straight to the point. Pendek jaa. Kecuali kalau awak lelaki yang jemah macam saya. Kecoh kan. Nak masak nasi dagang pun kecoh ya rabbi. Haha. Sabar jaa lah. Nadia being Nadia. Wakakaka.

Okay. Btw, nasi dagang takjadi dah nak masak. Nampaknya lambat lagi lahhhh nak bersua dengan beras basic Zhang. Bahahah. Tunggulah I kahwin dengan memana kelantanese, I tuntut ilmu dengan mertua gituuuuu haaa. Buat masa sekarang, kita makan lah sayur belacan dulu. Wiwiwi.

Okay. Penat gebang. Sobssss.

Kbye!

don't forget to smile, guys!

Ibnu Taimiyah berkata :
"Jika masalah yang saya hadapi menemui jalan kebuntuan,
maka saya akan beristighfar kepada Allah lebih kurang 1000 kali, nescaya Allah akan membukakan jalan keluar".
Beliau berkata lagi dengan ucapan la hauwla wala quwwata illa billah :
"Semua beban boleh ditanggung, segala kerisauan boleh diatasi dan kehidupan menjadi lebih mulia."
Senyum dalam kedukaan, tanda insan punya keimanan.
Yakin semua yang terjadi adalah ketentuan-NYA :)