Followers

Sunday 5 July 2015

B: Anyah planet tu apa?
Me: Planet tu...
B: Planet tu angkasa ka?
Me: Bukan. Planet di angkasa. Nanti anyah explain okay *berfikir fikir*

After taraweh,
B: Anyah shonok (seronok) kan tadi kita dating dengan Allah.

**malam-malam before tidoq, B akan mai duduk atas anyah and said,

"Anyah cerita laa..."

"Planet tu apa?"
"Kat bulan ada apa?"
"Bulan matahari bla bla..."

*dan anyah pun takboleh main hentam jaa*

#FeaSeries #AnyahHood

Friday 26 June 2015

3: Hak airmata

As salam.

Kau senyum,
tapi sayu.
Lantas kau pun ketawa,
mahu tutup sayu mu mungkin,
tapi tawa mu dengarnya sakit.

Dalam senyum,
tersimpan airmata.
Dalam tawa,
terperangkap sejuta rasa.

Dan kau cuba untuk bicara,
namun yang terdengar hanya suara airmata yang lamanya tersimpan kerana haknya dinafikan.

Menangislah, jika itu pinta hatimu.

Sekarang kau tahu kan,
hidup ini tak selalunya indah.
Maafkan dia yang mungkin lupa,
kau juga punya hati,
yang perlu dijaga.

by nnadiabakri

Kbye!

Saturday 20 June 2015

Hmmm entah

As salam.

Hmm entah. Mungkin aku yang terlebih fikir, terlebih emo. Mungkin.

Well yeah. We cannot expect for someone to stay with us through our ups and downs kan. Entah. Just don't expect too much or else your heart will sink. Alone. Haha.

Hang bukannya bakal soulmate, soulmate dia or the other half or whatever you called it. Haha.

Mungkin sebab tuu jugak aku decided not to share everything ever again. Banyak yang aku pilih untuk rahsiakan. Aku pilih untuk kata semuanya 'okay' when it's actually a real mess omg omg. Haha.

A friend in need is a friend indeed.

Haha. Entah.

Sampai satu tahap, aku setuju dengan apa yang thefaizibrahim kata,

"Apabila dia sunyi, kurang senang dengan ragam dunia, kau sentiasa dicarinya.
Tapi apabila dia sedang gembira dengan habuan dunia, dia terlupa kau."

Haha dan mungkin jugak aku ni sebenarnya overlyattachedfriend.

Aigoo.

Not gonna be so attached anymore.

Kbye!

Wednesday 17 June 2015

2: MENCARI

As salam.

Puisi kedua ni aku tulis 14 Jun 2015.
Semuanya sebab I was too boring and too depressing. So I was thinking apa yang boleh buat aku tenang? Yes wudhu', solat, zikir and etc. Tapi ada one thing yang aku rasa tenang bila aku pandang. LANGIT. AllahuAkbar. Tenang. Ya aku suka pandang langit. Aku rasa hebatnya Allah dengan ciptaan-NYA. Agungnya DIA.

By nnadiabakri

Kupandang ke atas
Terlihat aku kebesaran-MU
Ku pandang lagi dan lagi
Sungguh tenangnya aku
Aku tahu KAU ada
Aku rasa wujud-MU
Rasa ini KAU hadirkan
Tenang ini, KAU anugerahkan
Alam ini, KAU ciptakan
Terpaku aku akan kebesaran-MU
Sungguh aku takpuas
Masih ada yang belum aku jejaki
Masih banyak yang belum aku syukuri
Dan aku masih lagi mencari
Sempatkan aku, Ya Tuhan
Sempatkan aku...

Nukilan ini biasa biasa saja. Banyak cacat celanya. Tapi aku tulis ikut rentak hati dan rasa.

Kbye!

Sunday 14 June 2015

1 : BANGUN

As salam.

Macam yang aku bagitahu in previous entry, aku akan post puisi aku kat sini.

Puisi yang pertama ni sebenarnya dah selamat jadi lagu. Aku tulis ni waktu aku teringatkan B, my only beloved niece. Macam pesanan, nasihat. Kadang bila aku down, aku nyanyikan lagu ni.

Tak komersial kan punnnnn. Haha

BANGUN
Lirik by NNADIABAKRI
Improvisasi by TiTi BAND

Lari laju laju
Ikutlah mahumu
Andai kau terjatuh
Genggam kudrat yang bersisa

Teruskan langkah kakimu
Jangan putus asa
Hidup akan diuji
Ikut mampunya kita

Hidup ini, sayang
Tak selalunya indah
Andainya kau lelah
Sedut hela nafasmu

Menangislah, merintihlah.

Lari laju laju
Ikutlah mahumu
Andai kau terjatuh
Genggam kudrat, yang bersisa.

--

Kbye!

Pembaharuan wuuuuu

As salam.

Ya aku dah putuskan untuk buat pembaharuan kat blog ni.

Pembaharuan apa?

Ya. Aku akan publish kat sini puisi puisi yang lahir dari hati aku. Yang aku tulis bila hati sedih, yang aku tulis bila aku teringat, terfikir terkadang. Mungkin lebih sesuai dipanggil luahan hati. Luahan hati yang aku susun dalam bahasa mudah bagi aku.

Yang bila aku baca, aku rasa.

Ya, I've been trained to be an engineer. Tapi hey, hati dan jiwa aku sastera. Eh suka hati lah. Haha.

Kalau sudi dan berkehendak untuk baca, silakanlah.

Siapa tahu, rasa hati kita--sama.
Kan?

Kbye!

Saturday 30 May 2015

As the time passes

People changed!

Sunday 24 May 2015

Mati kutu. Gulp!

As salam.

Hmmm pernah tak, bila sampai waktu busy yang tersangat busy, waktu tuu lah orang nak mesej tanya khabar, waktu tuu lah orang nak ajak mengarut, waktu tuu lah orang macam macam lagi. Tapi layankan sahaja sebab sayang dan respect kawan dan nak jaga hati.

--sampai satu tahap, mungkin makan hati sendiri.

--biasa. Hidup.

Tapi tekanannya, bilamana kita perlukan orang, tapi mereka busy?

Kita nak bebel bebel--busy
Kita nak bergurau bercerita--busy

Dalam hati--aku salah timing ni--

Haah. Salah timing.

Tapi jiwa 'tak tenteram' ni datang suka hati dia jaa. Tak kira timing salah kaa betul. Dia main langgar jaa.

Nak ajak bebel--takdak.
Nak ajak mengarut-- pun takdak.

--MATI KUTU--

Kbye!

Monday 2 February 2015

'Redha'

As salam.

This entry is not about love or family or friendship whatsoever. It's about a feeling, yes. REDHA.

Pernah tak rasa kecewa yang sampai satu tahap sedih melampau tapi takdak airmata yang nak keluar? Takdak satu kata pun yang terucap? Speechless? Rasa diawangan rasa takpercaya tapi itulah hakikat yang kena terima dengan hati yang terpaksa kena redha. Again, I'm not talking about love problemssss here.

Okay. Sambung.

Kecewa? Ada. Sedih? Ada. Remuk? Sangat. Putus asa? Hampir.

Ya. Rasa yang hampir buat aku terduduk takbangun bangun lagi dah. Rasa takpercaya. Allah jaa tahu. Sungguh, hanya DIA yang Maha Tahu apa aku rasa. Tapi sungguh aku syukur, Allah hadirkan secebis semangat untuk aku teruskan perjalanan. Untuk aku merangkak, berjalan dan terus berlari semula. Semangat untuk aku tinggalkan apa yang lepas. Past is past. Life must go on. Kan?

Tiap apa yang mematah tegakmu,
Tiap yang menolak,
Tiap yang memijak henyak,
Biar dibelakangmu,
Jangan dikenang,
Moga dibuang,
Dendam dan sayu.

Tuhan jangan kau izin aku lupa,
Jangan kau biarkan aku mendepang dada,
Pasakkan hatiku pada kaki,
Paksakan ku tunduk sehingga mati.

--Terbang Tunduk by Fynn Jamal

Allah, andai satu hari nanti kejayaan itu milik aku, jauhkan aku dari sifat riak.

Dalam ujian yang datang, Allah mudahkan satu persatu urusan. Alhamdulillah.

Kita manusia, selalu nampak beratnya ujian, sampai kita lupa nak bersyukur masih ada nikmat yang DIA bagi. Hikmah mungkin taknampak sekarang, satu hari nanti kita akan paham. Sometimes, we just have to look deeper.

Kuatkan aku untuk terus melangkah, untuk takjatuh dan terus terduduk tapi bangun dan sambung langkah yang terseliuh itu, semoga satu hari nanti, aku mampu menoleh melihat hari hari yang berlalu sambil tersenyum berbisik dalam hati,

'I survived that one tough day. Alhamdulillah'

Jangan lupa,

Allah uji sebab sayang, Nadia.

Kbye!

Tuesday 27 January 2015

The End

As salam.

Oh hai.
Banyak nak story kat sini tapi tapi tapi--tataw nak start!

Wahai idea, pleaseeeee, berdampinglahhhhhhhh T.T

Lotsa things happened these days. Ni kalau takkuat hati ni, memang meraung lama dah haha.

Pernah tak rasa benci dengan orang? Pernah dak?

Dah puas pujuk hati, jangan benci orang biar apapun orang buat kat kita. Tapi sakit hati kot bila kena macam tuu. Just so you know, I'm not that desperate.

I'll be okay. Time heals kan?

Saya dah maafkan awak, tapi untuk jadi macam dulu, itu susah.

Kbye!

Wednesday 21 January 2015

Ehh kalau dah jodoh, tak kemana lah!

As salam.

Panasnya Kedah sekarang. Tahap panas yang kalau jemur baju pukul 8.30 pagi, pukul 10 pagi dah boleh angkat haaa macamtuu weyy. Phewwww.

Panas sangat, mood aku pun asyik kelaut lahhh. Memang tak steady langsung. Sobsss. Tapi yaa lah. Watlek watpis.

'Kalau dah jodoh, kalau dah jodoh, tidak kemana'

Haaaa terngiang ngiang lagu yang selalu main kat majlis kenduri. Haha.

Dah kenapa time panas macamni nak sembang pasal jodoh, Nadia.

--entah.

Bagi aku kalau dah jodoh, biar apa pun yang hang buat nak larikan diri whatsoever, if it's meant to be, it will be. Dan kalau dah takberjodoh, buat lah macam mana pun sampai tahap larikan diri segala, kalau dah tidak, maka tetap tidak.

Lain orang, lain takdirnya.

Apa yang kita rancang, tak semuanya akan menjadi. Tapi kalau daymh tertulis yang ianya akan menjadi. Jadi. Kun fayakun.

Bila kita rasa down, rasa macam berat beban kita, apa yang kita rancang takmenjadi.

--BERSANGKA BAIKLAH DENGAN ALLAH.

'Kita merancang dengan cita-cita tapi Allah merancang dengan cinta'

Sungguh, Allah tak kejam.

Kita mungkin taknampak hikmahnya sekarang, one day, InsyaAllah. Have faith. Jangan putus asa.

Walau macam mana patah ranap pun hati kita, jangan pernah bersangka buruk dengan Allah.

Mungkin harini kita diuji dengan kesedihan, tapi mungkin esok kita akan senyum bahagia.

Wiwiwiwiii.

Terima kasih Allah atas nikmat kebahagiaan ini. Terima kasih.

Dan untuk yang sudah bertemu jodoh, tahniah untuk awak. Dan yang masih dalam perancangan, moga Allah permudahkan. InsyaAllah amin.

Penat Nadia bebel. Haha

Kbye!

**aku mudah jaa, kalau berani, datang minta izin mak and abah, saya on jaa. Haha. Dengan syarat, terima B, my only niece. Otherwise, the answer is NO. As simple as that.

I don't mind!

As salam.

Jangan tinggalkan aura mu
Di sekeliling ku~~~~

Amboi. Mark Adam sangattt.

Haha. Bebel Nadia bebel.

Hmmmm

Taktahu lah bebel ni sebab bakat or genetic. Bhahahaaa. Perempuan kan. Bila dia bebel melalut sana sini naik bukit turun bukit terjun laut jatuh lubang sampai haaaaa last sekali---penat aku bebel macam ni. Fullstop.

Sigh.

Perempuan ni ingat every details. Haaa selalunyaa lah. Tapi lelaki, simple sangat pulak. Sampai rasa bengang pun ada haha. Perempuan bila bercakap or bercerita, siap ada penanda wacana semua. Tapi lelaki selalunya straight to the point. Pendek jaa. Kecuali kalau awak lelaki yang jemah macam saya. Kecoh kan. Nak masak nasi dagang pun kecoh ya rabbi. Haha. Sabar jaa lah. Nadia being Nadia. Wakakaka.

Okay. Btw, nasi dagang takjadi dah nak masak. Nampaknya lambat lagi lahhhh nak bersua dengan beras basic Zhang. Bahahah. Tunggulah I kahwin dengan memana kelantanese, I tuntut ilmu dengan mertua gituuuuu haaa. Buat masa sekarang, kita makan lah sayur belacan dulu. Wiwiwi.

Okay. Penat gebang. Sobssss.

Kbye!

Tuesday 20 January 2015

No title

As salam.

Hmmm hmmmm hmmmmmmm

Haihhh

Mood ke laut haaa

Kbye!

Sunday 18 January 2015

Spongebob punya pasal!

As salam.

Because of youuuuuuuu spongebob because of youuuuuuuu.
Haaaaa

Me: B, cuba B teka spongebob tuu laki kaa pompuan?
B: Dia sponge laa Anyah. Mana taw laki kaa pompuan.
Me: * automatically, Anyah rasa soalan Anyah kurang bijak sobssss *

Again, Anyah tanya. Rasa terhina tadi. Hilang cool depan budak 5tahun.

Me: B dengaq suara spongebob tuu laki kaa pompuan?
B: Laki laa Anyah.
Me: Haaaa.that's my girl.

So moralnya, tanya soalan biar jelas. Haha

Kbye!

Saturday 17 January 2015

This is unexpected!

As salam.

Ohh hai,

T.T

Why nasi dagang whyyy?

Gulai ikan tongkol pulak tuu.

Mana tahu masak. Sobssssss

Okay. Challenge accepted!

Kbye!

1. Type 'resepi nasi dagang'
2. Enter
3. Pilih resepi.

**cari recipe like a boss! ;)

Bebel Nadia nak bebel

As salam.

Sorry. Harini banyak up entry.

Petang hari ni rasa nak mengamuk pun ada. Sakit benar hati ni haaaa. Lemme bebel pleaseeee.

Takpaa takpaa today is your day. Kenakan lah kami semahunyaaa. Biar puas hati tuu.
***tepuk tangan sikit***

Takpaa takpaa takpaa.

Tuu jaa boleh kata pun---takpaa

T.T

kbye!

My B had all grown up!

As salam.

B ohhh B.

Haa btw ni 'B' my niece. Haha.

B: Anyah, mai sini sat.
Me: Whyyy?
Jalan pi kat B yang tengah baring.

--Dipeluknya Anyah dia ni kuat kuat sambil kata

'Eee geramnyaaaa geramnyaaa kat Anyah'

Sooo sweet B sooo sweet.

--I'm touched!

I lebayuhhhhhhh B.

Kbye!

Friday 16 January 2015

Surat untuk B

As salam.

One day, you will read this B.

Kehadapan anakanda tercinta, Marissa Fea Leesya.

B dah sekolah sekarang. How time flies. B dah big girl now.***lap airmata

Anyah taw B perlukan masa untuk adapt dengan new environment. B tak biasa dengan school kan, sayang? Hidup B hari hari dengan abahwan, maktok, mama, anyah, ashu, nenek, ayong and ateh kan. So B takbiasa dengan sekolah. Ramai. B rasa insecure. Infact, kalau B ikut Ayong and Ateh main pun, kejap jaa B dah balik rumah cari kami. Sebab B rasa selamat kan. Anyah faham B.

Semalam jumpa cikgu, Anyah tanya macammana behaviour B kat school.

Cikgu kata,

Bila cikgu lepas main kat playground, B tak ikut main. B tengok jaa orang main. Yang ni Anyah paham sebab B memang macam ni. B takkan main kalau orang terlampau ramai. Berebut rebut. B taksuka. Tapi B, kami nak B join main. Nak B bergaul dengan orang luar. Takpaa sayang, you will be better. Pelan pelan.

B yang Anyah kenal, seorang yang banyak bercakap, happy go lucky, suka menari, menyanyi, drama queen, berani dan yakin. Contoh, once B dah hafal tarian, B mintak orang tengok B menari. B confident. Anyah tahu, sel sel otak B sedang berhubung. B sangat petah. Tapi cikgu cakap kat school B takbanyak cakap. Kenapa sayang? Takpaa, pelan pelan.

Anyah dah cerita kat cikgu sikap sebenar B. Cikgu will help you B. InsyaAllah B akan lebih selesa kat school nanti.

Selama 5 hari sekolah ni, B takpernah makan apa yang sekolah sediakan walaupun tuu semua makanan favourite B. Bila tanya, B kata, sebab mama n Anyah tak temankan B. Mungkin B takbiasa lagi. Pelan pelan sayang. You will be okay. Kan?

Anyah tak tahu apa yang B rasa bila kena tinggal kat school sorang sorang. Tapi B kena tahu, takselamanya kami akan ada untuk B. Ada waktu, kita kena berjauh sayang. Dan ini, untuk masa depan B.

Teringat lagu Fynn Jamal,

Ngeri tak terbayang mata,
Bonda takkan ada sentiasa,
Nanti moga kau tak lupa,
Bonda memujukmu anakanda.

B anak Anyah.

#suarahatiUmmiNadia

Sekian sayang. Jumpa di lain waktu.

Kbye!

Thursday 15 January 2015

Keletah anakanda!

As salam.

Oh B ohhh B.

B   : Anyah, jom kita main!
Me: Jom! Main apa, B?
B   : Okay! B jadi Maleficent, Anyah jadi burung dia.
Me: Burung?

---Okay

Kbye!

Wednesday 14 January 2015

I lebiuuuuuuuuuuu B

As salam.

14 January 2015.

It had been four days since the school started and guess what? My only niece, the most beloved lil girl, Marissa Fea Leesya, so called B, dah masuk tadika.
Entry ini harus ada. Untuk kenang kenangan B bila dah besar nanti.

First day, aku n kakak pi hantar dia, dia langsung taknak lepas Anyah kesayangan dia ni. Bergayut gayut kat Anyah. Fyi, she called me Anyah.
Okay. B langsung taknak berenggang. B mesti rasa insecure at that time. Ya. Dia takpernah kena tinggal. Sebak hati Anyah ni. Tapi aku ingat apa yang BFF aku cakap, kena berkeras sikit. Jangan ikut sangat. B kena belajar bergaul dan be more independent. School start pukul 8am sampai pukul 12pm. Since it was her first day, so bagi muka sikit. Pukul 9 pagi pun Anyah n mama takbalik lagi. Temankan B. B nampak takut sangat. Masa waktu makan, makcik tukang masak tarik tangan B duduk kat meja. Yes. She went there. Tapi mata tepat tengok Anyah and Mama. Alahaiii B. So bila nampak B macam selesa sikit, kami cuba jauh dari mata dia, taksampai seminit, tetiba dia muncul menangisssss peluk taklepasss. Sobsssss hancur hati Anyah ni T.T

So Anyah dukung dia pusing pusing school, tunjuk gambar gambar. And ada gambar emosi dilekatkan kat dinding. Ada angry, sad, happy, cry and apa tahhhh satu lagi. So I asked her, B rasa apa sekarang, tunjuk kat Anyah? And without any hesitation, dia tunjuk ANGRY. So is said,

'Itu angry B'

And she replied,

'Ya lah, B marah Anyah, Anyah tinggal Baby'

Okay.

Since masa dah pukul9 lebih, kami kuatkan hati nak tinggal B. Haha.
Macam macam alasan, segala ilmu psikologi dah keluar, tapi satu pun takjalan. Semua ada yang B jawab.

So aku suruh kakak ambil handbag pi dekat kereta and aku cakap kat B,

'Jom kita pi salam cikgu jom'

So dia pun pi. Masa dia pi tuu, cecepat lari keluar dari situ and cikgu kunci pintu.***takpatut Nadia takpatut

Setapak, dua tapak, tiga tapak.
Sampai jaa kat pagar, dengar bunyi meraung. Pusing belakang, yeah B. Dia panjat pintu meraunggg. Tapi kami kuatkan hati. Balik!!!!

Sobsssssss sebak wey. Taksampai hati.

Entah apa jadi. Tahan hati takpegi jenguk dia. Allah.

Pukul 12,

Mama, Anyah and Ashu pi ambil. Masuk sampai dalam panggil dia. Dia nampak happy. And dengan muka bangga angkat lukisan. Bila dukung tanya,

'Best tak school?'
'Best'
'Esok nak datang lagi?'
'Nak, B suka sangat.'

Alhamdulillah.

Hari hari Anyah bangun mandikan B. Siapkan B. Pujuk B. I love you sayang!

You are big girl now. May Allah ease your journey, B. We love you.

T.T

B dah besar. Ohhh how time flies :(

Kbye!

don't forget to smile, guys!

Ibnu Taimiyah berkata :
"Jika masalah yang saya hadapi menemui jalan kebuntuan,
maka saya akan beristighfar kepada Allah lebih kurang 1000 kali, nescaya Allah akan membukakan jalan keluar".
Beliau berkata lagi dengan ucapan la hauwla wala quwwata illa billah :
"Semua beban boleh ditanggung, segala kerisauan boleh diatasi dan kehidupan menjadi lebih mulia."
Senyum dalam kedukaan, tanda insan punya keimanan.
Yakin semua yang terjadi adalah ketentuan-NYA :)