Followers

Thursday 30 May 2013

JANGAN JADI MACAM AKU PLEASEEE!!!

As salam.

yeay yes yes! dah lepas satu paper. Linear Algebra & Differential Equations, anneyong!!!

semangat study entah ke mana. melayang jauh sangat. nak exam ni. tapi relax chill jaa aku. sampai kawan tanya,

kawan: Nadia, hang ada berapa paper lagi?
Me     : ada lagi 4 paper. haha
kawan: awat aku tengok hang macam relax jaa?
Me     : haha. relax siang siang, bila malam aku stay up sampai pagi. haha. nampak jaa relax ni.

the reality is, aku memang relax pun. aku pun pelik. bajet macam study habis dahh.kawan kawan aku yang tinggal satu paper pun tak se relax ni okayy. okay. hoihhh apa ni, baru lepas satu paper dahh rasa heaven semacam. haha. taksesuai okay.orang lain tinggal 1 paper jaa lagi, tapi aku? ada 4 lagi. EMPAT. ohh myyy!

orang bagi gap untuk setiap paper sebab nak bagi peluang study, tapi ni dak, dok buat syok pulak update FB, Twitter  and blog bagai. haha. takpatot nadia, takpatot. next paper is on Saturday 1st June 2013. subjek apa? hmm Introduction to Economics for Engineers. tengok nama subjek pun dahh memang nampak tak kena dengan jiwa aku ni haa. Economics? aku taksuka. sebab tuu aku ambil engineering. tapi kalaw ikut taksuka aku, sampai bila nak maju, yaa dak? haha. so positifkan minda, tenangkan hati, istighfar banyak banyak, terima subjek ni seadanya. Ilmu ALLAH nak bagi takkan kita nak tolak kan? RUGI SANGAT! the next paper after econs are:-

- Organic Chemistry  2nd June 2013
- Thermodynamics 4th June 2013
- Introductory Microbiology 6th June 2013

Lepas tuuuuuuuuuuuuuuuuu, ohh kedah, here i come!!!

wish me luck yaa awak awak awak dan awak semua :)

kbye!

Saturday 25 May 2013

InsyaALLAH Ameen :)

As salam.



kbye!

Sunday 19 May 2013

GIRLS OUT THERE!! GRAB THIS! IT'S SO LOVELY ^_^

As salam.

dahh kenapa dengan tajuk entry tuu?
GIRLS? yes girls. okay. boys pun bolehhh.
i am now promoting shawl made by my bestfriend. soo cantik. jatuh cinta sekali tengok. apa yang speacial ?

1- corak-corak dia sangat superb. ada trible. ada paisley ada macam macam lahh.
2- material dia best. well. boleh pilih. you nak chiffon or cotton or satin yang sangat ekslusif or ada satu material tuu sangat senang   dibentuk. kalaw nak plain, boleh request colour jugak ;)
3- boleh request nak panjang and lebar berapa. selalunya dia buat panjang 1.5m n lebar 38 inch.
4- boleh jugak request nak halfmoon or straight macam shawl biasa or square.
5- yang paling penting harga dia murah. macam tak percaya okay. yes. boleh nego dengan cik farah. 

apa buktinya??

1- aku dah tengok corak corak dia. jap. boleh scroll kat bawah ni.
2- memang senang dibentuk. seriously. memandangkan kawan aku ni jahit sendiri, sooo sangat selesa.
3- aku dah request dah. mine is 2.1m x 0.8m. i nak yang besar besar sebab i tak kecik dan nak nampak sopan. soo anda anda boleh pilih n request saiz mengikut keselesaan sendiri. simple.
4- aku request nak straight. kalaw nak halfmoon untuk material bercorak pun boleh. see. lain dari yang lain kan. susah nak jumpa halfmoon bercorak. selalunya chiffon yang kosong and semestinya mahal dari biasa. yaa dak?
5- kenapa aku macam yakin sangat murah? yalah. shawl yang sopan macam tuu RM25 sahaja. dahh tuu home made. InsyaLLAH selesa.
6- macam limited edition jugak lah. excited menanti shawl saya disiapkan. hehehh. boleh request macam2 pulak tuu. mana nak cari yaa dak??? harap maklum lah kalaw nak request saiz harga pun bertambah sikit. yang tuu boleh nego dengan cik Farah yaa. dunworry. harga terbaik lah!! katanya still bawah RM30. berdasarkan pengalaman aku yang selalu survey harga shawl yang labuh ni, harganya more than RM30. :)

here are some pictures :)







this is satin. bercorak. exclusive.

another satin.

tengok jaa ni. wah so bright. so kalaw jenis yang ceria, grab this :)

satin. cantikkkk.

satin lagi. ohh noo. i love it.


yang ni paisley. material mudah bentuk tuu. ini pilihan aku :)

sweet kan?

ni pun sweet. sejuk jaa tengok.

and this one. sangat sweet.

yang ni trible.
another trible. serious suka.


tuu tuu shawl tuu. cantik n sopan kan pemakainya? ni lah cik farah.

yang ni contoh halfmoon chiffon. boleh request nak buat ropol2 kat tepi or tak.
okay. ada banyak lagi sebenarnya. boleh tanya cik Farah sendiri okay. nak tanya saya pun boleh. no problem. untuk postage semenanjung RM6. sebarang pertanyaan dan order anda boleh:

sms/call/whatsapp : 0134096246 

INSYAALLAH puas hati :))

so girls, grab it. yang boys pun boleh tolong grab kan untuk adik, kakak, mak, nenek, aunty, isteri n kawan :)

kbye!



**sigh ^^

As salam.

STUDY WEEK!
It's exam fever now...

hah! exam fever lah sangat, nadia!!
okay exam start 27 may 2013 sampai 6 jun 2013 :)
study lah nadia. nasihat orang pandai tapi hang dok depan laptop bermovie takpun online takpun makan takpun tidoq takpun takpun takpun berangan! 

study lah nadia. kalaw hang tak study, sanggup kaa nanti tengok result tak macam yang diharapkan. takkan tak usaha, lepas tuu dok expect result yang membanggakan. lepas tuu bila tengok result tak mencapai target, sedih. lepas tuu mula nak complain sistem tuu salah, sistem ni sengal, lecturer kedekut markah, lecturer strict, padahal diri sendiri yang salah. haa ni lah manusia, takpernah nak bersyukur.

study lah nadia. hang nak kaa tengok mak n abah sedih. nak kaa? nak kaa? kata nak mak abah bangga. tapi dengan perangai malas macam aku ni, sapa nak bangga??? habaq mai satt.

study lah nadia. hang nak jadi apa dalam exam hall nanti? nak meniru? ishh benda paling pantang seumur hidup aku adalah meniru dalam exam. respect aku pun akan hilang kalaw aku taw budak budak top meniru. haa lagi satu, suruh orang sign attendance. oiii ni memang paling aku takrespect. dahh pandai sangat nak ponteng kelas, tanggunglah sendiri. biaq lah orang nak kata aku skema pun, the thing is, aku memang taksuka n aku memang skema pun. so what?? berkat pun takdak sayang sayangku kalaw buat macam tuu. ishhh kan dah terus lari topik. 

okay. so moralnya, study lah. takkan nak study sikit sikit jaa, nanti markah pun sikit sikit jaa. lepas tuu bila orang tanya result pun malu malu nak cakap. 

ni lah yang dok serabutkan kepala aku. ni lah dia T_T


NADIA, STUDY!! pemalas punya budakkkk.

kbye!

Friday 17 May 2013

jauh di sudut hati :)

As salam.

nak jugak blog yang cantik kreatif macam orang lain. the problem is...

T_T

kbye!

Thursday 16 May 2013

A little too late :)

As salam.

Selamat Hari Guru :)

tanpa anda anda siapalah saya :)

Guru PERTAMA :
 mak dan abah. they taught me a lot and still teach me. i'm learning.

Tabika Kemas Kampung Sungai Mati :
cikgu sayang saya! arwah cikgu sentiasa dalam ingatan. semoga     tenang di sana . AL-FATIHAH.

Sekolah Kebangsaan Langgar :
dari darjah 1 sampai darjah 6. daripada kelas terakhir atau kelas ke-6 (daftar lambat) sampailah ke kelas pertama. Alhamdulillah syukur. 

Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Kampong :
dari form 1 sampai form 5. Yes. dapat tawaran ke sekolah lagi baik. tapi SMKHK jadi pilihan. sebab sekolah baru. i'm the first batch. dapat kelas khas. PMR sekali lagi dapat tawaran ke sekolah lain, tapi SMKHK dihati. haha. orang selalu pandang rendah dengan sekolah kami, aku taw. tapi ada aku kisah? sapa sapa pun boleh berjaya kalaw ada effort, sayang. dok lah cerok mana pun :)

Centre for Foundation Studies, UIAM :
Foundation in Engineering. sangat tough. dapat tawaran ke KMPP jugak. tapi i pilih ke UIAM. insyaALLAH, ini yang terbaik untuk aku. lain orang lain. masa kat CFS ni, selalu sangat menangis sebab rasa macam taksanggup nak go through setahun setengah tuu. tapi sokongan parents and kawan kawan. Alhamdulillah, i did it. kenapa setahun setengah? repeat kaa? matrik kan setahun, awat tak pi matrik jaa? jawapannya : setahun setengah sebab ada English Placement Test (EPT) and Arabic Placement Test (APT). masa masuk tuu, kena exam dulu untuk tentukan sama ada kita akan buat asasi setahun, setahun setengah or dua tahun. EPT ada 6 level and APT ada 2 level. i got level 5 for EPT and level 1 for APT. memanglah level 1 sebab i takdak basic arab. belajaq arab pun masa mengaji quran, tuu pun belajaq nama binatang jaa. haha. that's mean, aku tak repeat dan ini yang membezakan Asasi UIA dengan yang lain. plus ada subjek subjek agama yang kami kena fulfill before masuk main camp.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak :
Alhamdulillah. lepas lalui asasi, dapat masuk main campus. syukur syukur. i'm a bachelor student now. Biochemical-Biotechnology Engineering :) Alhamdulillah. i got my first choice.
Untuk course Engineering, UIA tawarkan 8 major, kitaa pilih masa sem akhir kat CFS. kita rank kan ikut pilihan kita. UIA ambil lebih kurang 1000 student untuk asasi engineering, tapi yang akan majoring in engineering lebig kurang 600 student sahaja. kenapa? selalunya student takboleh nak carry on masa asasi, so depa tukaq kos. ada jugak yang kena dismiss dan lain lain. tak semestinya kita akan dapat first choice kita, tuu semua depends on CGPA, kekosongan dannn rezeki. Apa major yang UIA tawarkan untuk bidang engineering??

1) Aerospace Engineering
2) Mechatronics Engineering
3) Biochemical- Biotechnology Engineering
4) Computer & Information Engineering
5) Automotive Engineering
6) Materials Engineering
7) Manufacturing Engineering
8) Communication Engineering

kata senior, ada major yang susah nak masuk. 1,2 and 3 ada limits. contohnya no1 which is Aerospace, dia limit kan kepada 20 orang sekali intake. Mechatronics taksure tapi memang sikit jugak. No 3, biotech, my major, limitkan kepada kurang dari 100. Yang lain katanya takdak limit. means kalaw you mintak, probability untuk dapat sangat tinggi. tapi 600 orang yang terpilih ni, CGPA hendaklah melebihi 2.5 kalaw tak anda akan di hantar ke kos lain. aku dapat mungkin sebab kekosongan dan alhamdulillah rezeki :) batch aku ada 44 orang jaa T_T

dan disinilah aku belajaq sekarang, InsyaALLAH i'll finish in two years time :) for your information, all courses kat UIA ni, duration study adalah 4 tahun. we have to complete subjek subjek agama dan tambahan. Seronok belajaq kat sini. walaupun mostly, lecturer foreigner. and foreign student tersangatlah ramai. *sigh
kalaw tangkap gambaq, cakap aku dekat foreign country pun orang percaya. haahaa

sapa sapa yang nak masuk UIA, anda dialu-alukan. InsyaALLAH :)


** SO SELAMAT HARI GURU UNTUK CIKGU CIKGU AND LECTURERS SEMUA SEMUA SEMUA SEBAB DAH DIDIK SAYA MENJADI SAYA YANG HARI INI. ANDA HEBAT. I LOVE YOU!!

yaa. dah nak berakhir dah 16 Mei 2013. i know. i'm a little too late.

kbye!

Sunday 12 May 2013

sayang mak, rindu mak :)

As salam.

sebaknya rasa nak type entri kali ni. 
rindukan mak yang sakit kat rumah. sedihnya YA ALLAH...ALLAH.
mak kena strok lebih kurang 2 bulan lepas. badan sebelah kiri lemah. 
kesian mak. masa dapat taw berita tuu, i was in algebra class. menangis jangan cakaplah.
kelas petang ponteng sebab terus balik. sampai kedah around 12am terus pi jaga mak kat hospital.
masa jumpa mak, mak tidoq. taksampai hati nak kejutkan plus tataw nak react macam mana depan mak dalam keadaan mak yang takboleh cakap dengan jelas lagi. strok kan. Alhamdulillah, syukur sebab dapat bantu mak mandi, makan n pakai baju semua. i stayed kat hospital jaa for 4days before balik UIA. 
sepatutnya balik ahad pagi, tapi pagi masa mandikan mak, pakaikan baju kat mak, she cried looking at my face. sebak rasa. tapi tak nangis depan mak. tak cool lah kan. teruss tak jadi balik. balik keesokannya. tuu pun terpaksa T_T

sejak dari tuu, mak dah tak kejaa. she stay at home jaa. tapi sunyi lah kan. anak ada 3jaa. pompuan semua. kakak dah kawan n adik bella dah kejaa. and aku? study lagi. abah pulak laki. mana pandai sangat. so my only sister, balik jaga mak. tinggal lah husband dia kat KL ni. takpaa. paham. 

3 hari lepas, kakak cakap mak macam dah lain. mak mintak belikan katil bujang, telekong baru, kemas rumah cantik cantik n mak pesan macam macam. dekat aku mak kata,

"nanti kalau mak dah takdak, ingat jaga abah n bella, bantu kak kalau dia perlu bantuan, jangan bergaduh tau."

"apapun jadi mak dah redha, tiap kali solat mak mintak ampun dengan ALLAH. mak nak ingatkan 'ade', nanti dah keja n senang jangan sombong tau, sentiasa merendah diri, ingat pengorbanan bella. kakak takpaa, dia dah ada suami. 'ade' n bella la akan sunyi bila mak takdak nanti. sentiasa sokong menyokong satu sama lain."


ni semua mesej mesej mak. what do you expect me to do bila dapat mesej ni? I CRIED of course. takut. aku tak pernah rasa hilang orang yang dekat dengan aku.kakak cakap, mak nak kami redha kalaw sesuatu terjadi, mak nak kami bersedia. dalam fikiran yang aku fikir,

" kalau mak takdak, nanti aku grad, sapa nak datang tengok aku konvo, sapa nak nasihatkan aku bila aku down, sapa nak dengar cerita cerita bila aku balik rumah, sapa nak tengok aku merapu berlakon sorang2 depan cermin, sapa nak masak bila raya nanti, sapa nak kejutkan aku kalaw aku ada exam in case aku tak terjaga nanti, sapa nak kol aku subuh subuh, semua tuu mak buat. abah buat. aku tak sempat nak bahagiakan mak, nak bawak mak pi mekah. aku tak kuat, ya ALLAH."

adik n kakak tanya, aku redha dak dengan semua ni. mula mula memang aku tak redha. nak sebut 'aku redha' pun aku takmampu. tapi aku ambik wudhu', aku solat dan berdoa. Dalam doa, aku cakap,'aku redha'. Allah bagi aku kekuatan walaupun airmata berjuraian. kalaw itu yang terbaik untuk mak, permudahkan segalanya. Semalam wish hari ibu kat mak n mak cakap, "I MISS YOU".

mohon doa dari semua semoga mak dipanjangkan umur dan sihat. AMEEN.

@UUM. mak dengan b, my only anak sedara.
2 tahun lepas :)

** 'ade' atau 'kakde' adalah nama panggilan family untuk aku :)

kbye!

Monday 6 May 2013

ALHAMDULILLAH, SYUKUR! :)

As salam.

life is a test kan?
sooo jangan mengeluh and terus down bila kita diuji.
senyum, terima dengan hati yang terbuka. Bersyukur dengan ujian yang ALLAH bagi. 
kita kena kuat. ada ganjaran untuk kita. itu pasti. ada hikmah. yaa. sangat pasti. mungkin kita tak nampak sekarang, kalaw bukan kat dunia, insyaALLAH di akhirat sana. jangan mengeluh. DIA tahu yang terbaik untuk kita. terima seadanya. teruskan usaha. jangan meraung tangisi nasib diri yang kita rasa malang. tapi bangun dan buktikan yang kita pun boleh berjaya macam orang lain. ALLAH kurniakan akal. gunakan sebaiknya. buat sesuatu yang baik yang bagi faedah untuk diri sendiri and orang lain. insyaALLAH :) 

ingatan untuk diri sendiri jugak yang kadang kadang hilang pertimbangan bila tengok result exam tak seperti yang diharapkan. haha :)

kbye!

don't forget to smile, guys!

Ibnu Taimiyah berkata :
"Jika masalah yang saya hadapi menemui jalan kebuntuan,
maka saya akan beristighfar kepada Allah lebih kurang 1000 kali, nescaya Allah akan membukakan jalan keluar".
Beliau berkata lagi dengan ucapan la hauwla wala quwwata illa billah :
"Semua beban boleh ditanggung, segala kerisauan boleh diatasi dan kehidupan menjadi lebih mulia."
Senyum dalam kedukaan, tanda insan punya keimanan.
Yakin semua yang terjadi adalah ketentuan-NYA :)