Followers

Thursday, 6 December 2012

TWENTY—IT’S A MIRACLE!


As salam.hehe
Percaya atau tak, aku memang dah totally lupakan dia.wee~~~unbelievable! Yes. Alhamdulillah. Terima kasih, ya Allah. Rasa bahagia ni sukar nak digambarkan.hehe. dah lama tak rasa lega macam ni. Haishhh syokkkkkkkkkkkkkkkk!!! Perasaan tuu totally berakhir bila aku dapat taw dia mintak tolong orang sign kan attendance untuk dia. Ceh! Aku memang pantang sangat benda macam ni. Hilang terus respect. Dengar macam skema gilaa aku ni. Lantak lah. Memang aku skema pun. Skema skema aku, aku takpenah buat macam tuu. Ehh kalaw dah nak ponteng sangat, ponteng jaa lah. Takpayah nak suruh orang laen cover. Takpayah nak libatkan orang laen. Sengal!! Prinsip aku, nak ponteng, ponteng. Tapi tanggung sendiri akibat dia. Bertanggungjawab dengan apa yang kita buat. Maaf. Aku memang taksuka. Aku penah dua kali diminta suruh tolong sign kan attendance untuk kawan p’puan. Maaf. Aku dah cakap aku takkan sign, memang tak lah. Ada yang fikir, alaa setakat sign attendance, apa lah sangat.apa lah sangat, apa lah sangat! Hey hello, buat apa aku nak langgar prinsip aku sedangkan benda yang aku buat tuu akan end up dengan perasaan serba salah seumur hidup. Takdak masa untuk itu.okay.
Hilang mood aku cerita pasai ni.heh!
Hee aku crush dengan sorang ni. Haha. Yang ni melampau, nadia. Tapi setakat macam macam tuu jaa  lah. Tak lebih. Berdasarkan pengalaman lalu, yang end up dengan bertepuk sebelah tangan, aku pesan dengan diri, jangan nak suka suka orang dahh. Actually, sejak sejak tuu, aku semakin lebarkan gap yang sedia ada. Kalaw sebelum ni, nak cakap dengan lelaki pun susah, sekarang, elak jaa terus. Hmm aku pun tataw lah. Trauma? Fobia? Takut? Tak confident? Maybe maybe maybe maybe!!!! Buat masa ni, hati ini dah ditutup :P . focus study sajaa.
I’m 20. It’s a miracle that I can forget you at this age :) Alhamdulillah.

kbye!

Monday, 22 October 2012

DESA III SARAWAK: INI CERITA SAYA!

As salam.,.

It was a very great experience. Ehem ehem :P


Segalanya bermula masa short sem harituu apabila satu hari aku n zati got the same message from ‘unknown’.haha. skema betoi susunan ayat. Abaikan. “anda terpilih untuk menyertai IIUM Dakwah Exploration to Sarawak(DESA III)”. Lebih kurang macam ni lah bunyi message tuu.hewhew.dengan penuh xcitednya minta izin mak n abah. Alhamdulillah diizinkan. Terima kasih mak n abah. Dengan program ni kakde dapat satu pengalaman yang extraordinary bestnyaa :)

Misi kali ni bertempat di Kampung Rayang, Padawan. Macam mana yaa keadaan kampong tuu? Ni lah persoalan yang selalu bermain di minda aku selama lebih kurang sebulan before program. Selama sebulan tuu boleh dikatakan every week ada meeting. Setiap kali meeting tuu jugak lah program manager(PM) terangkan serba sedikit pasai kampung tuu. Tapi still aku takboleh bayangkan. Haha. Macam biasa lah. Nadia kan blur jaa.haish.satu lagi. Aku biro Preparation and Technical(prep n tech). selama aku join mana mana program before ni, aku memang akan elakkan dari termasuk ke prep n tech ni. Aku pernah jadi secretary, catering, publication n promotion, and general task jaa. Tapi untuk DESA III aku prep n tech.bukan apa, bagi aku biro ni lebih sesuai untuk lelaki.in fact, daripada 3 orang committee untuk prep n tech, aku lah the only perempuan. mula mula macam tamaw, tapi bila pk pk balik, bila lagi nak dapat pengalaman bekerja dgn prep n tech kan. So grab jaa lah.hee. kalaw ada masalah, refer senior. Setel! Banyak aktiviti yang kami plan nak buat kat kampung tuu. Setiap biro ada aktiviti masing masing. Antaranya motivational camp, sukaneka, wayang pacak, imam muda, medical checkup, grand ceramah, eid celebration, mural painting, gotong royong, explorace, family day, rezeki pagi n etc. sangat banyak. Program ni sangat pack dengan aktiviti. Biro aku bertanggungjawab untuk mural painting, gotong royong n preparation for eid celebration. Biro aku jugak kena sediakan LCD projector n PA System n barang barang technical yang laen. Dahh nama pun prep n tech kan kann? Preparation untuk ke kampung giat dijalankan. Kami pun sama sama kemas kemas n kotakkan barang barang donation untuk diberi kepada orang kampung nanti. Para committees sangat fun semuanya. Depaa tak kisah pun nak ajaq adik adik 1st year macam kami ni.wee~~~


Memandangkan event ni berlaku masa cuti sem yang takseberapa tuu, terpaksa lah aku n zati balik awal iaitu 10hari b4 start sem baru. Berat hati aku nak tinggal mak kat rumah.lebih kurang 5hari b4 aku balik UIA, mak masuk hospital. Doctor cakap mak ada strok. Tapi peringkat awal. Baru nak jadi. Aku risau plus takut. Siyes kalaw ikutkan hati aku nak tarik diri dari ikut ke Sarawak ni. Aku dahh mintak no. PM dari head prep n tech. dekat adik aku, bella, aku bagitaw aku tamaw p Sarawak dahh. Boleh bayangkan dakk perasaan aku waktu tuu? Aku nangis. Then mak dapat taw apa yang aku nak buat tuu. Mak kata, apapun jadi, p jugak Sarawak. Hmmm. Mak cakap ‘insyaALLAH mak dah boleh discharged sebelum kakde p Sarawak. Jangan risau.’Alhamdulillah. doa dimakbulkan. Terima kasih ALLAH. Berikan lah nikmat kesihatan kepada seluruh keluargaku dan juga umat islam.amin.

==
Malam 1hb kami berkumpul kat OR lebih kurang pukul 9malam. Kemas kemas barang donation n solat hajat sebelum berangkat. Pukul 2pagi kumpul kat grandstairs depan Rectory building tunggu bus n terus ke LCCT. Fligt lebih kurang 7 pagi.bla bla bla…..sampai Kuching dan disambut oleh wajah wajah senior yang aku tak kenal.haha. japgi berkenalan. Naek ketaa ke Islamic Information Centre(IIC). Kami bermalam satu malam kat situu untuk buat preparation untuk berkampung di kampung Rayang for 5 days.bla bla bla…sampai kampung Rayang. Penduduk kampung sangat mesra. Ramai budak budak. Ohh I love kids.hehe. bersalam salam dengan makcik makcik kat situ n sampai jaa kat sorang acik ni n hulur tangan. Dia ignore jaa.i was like ‘awat dengan macik ni. Sombong jaa.blurr aku’. Then cakap kat dia,’cik, saya nak salam’ n tarik tangan dia n salam. Makcik makcik laen pandang n senyum jaa. Musykil aku. Lepas sembang sembang, rupa rupanya acik yang aku tarik tangan tuu…’tak siuman’.terpana sebentar kan. Awat makcik makcik tak bagitaw. Aku punya lah berusaha senyum n tarik tangan acik tuu nak salam.apapun, takdak salahnya kalaw salam dengan acik tuu, dia pun manusia jugak macam kita, dia takmintak pun nak jadi macam tuu. Lagipun golongan ni nanti masuk syurga tanpa hisab. Acik ni nama dia Nita. Ada lagi sorang laki macam nita jugak, nama dia abid. Haaa abid ni suka kacaw orang tapi lawak. Dia menceriakan suasana. Walaupun rasa macam nak pecut 100meter kalaw dia datang.takut n risau. Abid pun insyaALLAH masuk syurga tanpa hisab J


Okay dah. Kami pun dapat keluarga angkat masing masing. Hehe. Takutnyaa rasa hati sebab tak biasa dengan orang tak dikenali. Dengan aku yang takpaham bahasa Sarawak apatah lagi bahasa bidayuh kannn.risau =_=. Yang leganyaa rumah mama n bapak kat sebelah masjid jaa. So dekat laa dengan tempat kami beraktiviti. Aktiviti kami kat masjid. Dekat. So takdak lahh aku nak sesat sesat kan.ha jap.kampung ni rumah dia Alhamdulillah cukup kemudahan walaupun nak masuk ke kampung ni dari simpang agak jauh dengan jalan bertar yang agak merisaukan. Berbukit bukit. Kat rumah mama, mama n bapak bagi aku bilik yang besar jugak, ada kipas n almari. Cukup serba serbi. Toilet rumah pun selesa. Mengada nyaa hang nadia. Haha. Kat kedah, tinggal kat kampung jugak. Bukan apa, aku memang dahh bayangkan dengan melampaunya. Haha. Abaikan.


 Program kami berjalan dengan baek lah bagi aku. Happy. Even hari hari aku dihabiskan dengan mengecat mural. Makin gelap aku yang already gelap ni T_T  jumpak mama n bapak pagi pukul 5 before gerak ke masjid untuk subuh berjemaah. Jumpa pun kadang kadang petang dekat maghrib. Haish. Kesal jugak sebab taksempat nak bermesra sangat. Tapi masa yang sedikit dihabiskan bersama tuu sangat bermakna. Bila balik jaa, mesti kena makan. Haha. Rezeki. Agak terkilan jugak sebab aku takpaham sangat apa yang mama n bapak cakap. Mereka dah tua so bahasa melayu tak fasih sangat. Banyak miscommunication antara kami. Rasa comel pulak. Lawak. Aku senyum jaa bila mama cakap. Kalaw aku faham baru aku jawab. Ada sekali tuu, mama cakap,“kitak dah makan?”. Maksudnya, kamu dah makan kaa? Aku yang blur lagi. Sebab kalaw kat semenanjung ada orang gunakan word ‘kita’ sebagai kata ganti diri pertama. Dengan yakinnya aku pun cakap “ohh mama dah makan yaa?”(sambil senyum). Muka mama berubah. Haha. Pastu mama cakap, “bukan, mama tanya, kitak(sambil pegang aku) sudah makan kaa belum?”. Slow slow mama cakap. Haha. Kesian mama, aku takpaham. Nadia nadia. Sapa pernah menugal padi bukit? Kalaw orang tanya aku macam ni. Dengan bangganyaa aku akan jawab, “saya pernah”. Menugal ni Nampak macam senang jaa, tapi susah sebab berbukit bukit n kena berebut lubang dengan orang. Haha. Here are some picta!!!

ni masa kat LCCT. nak g kuching dahh. :)

ni barang barang donation untuk kg rayang.wee~~

dah sampai kampung. proses pembahagian anak angkat.

nampak excited! paham paham. haha

memang xcited! apa nak buat.haha

antara titi yang menarik perhatian. UNIK!

ni after mahabbah visit. maen dgn adik adik sat.

mahabbah visit!

religious class. ajaq adik adik mengaji.

sebak dengar iffah(yang tak bertudung) mengaji. even takboleh cakap. tapi tetap b'semangat.

abang ichi n adik adik lelaki.

yang ni PM .

orang2 kampung.sarapan before menugal. yang topi tentera tuu, bapak saya!

baju purple, mama saya!

kalaw tak salah, ini tampok. kita letak benih padi dalam tuu.
menugal padi bukit. bukan mudah.

sapa yang dok belakang tuu, berebut nak lubang.haha

ini caranya.

lasak!

misian~~

ustaz dari UIA letakkan benih padi.

dekat sekolah.

motivational programme.

sukaneka.

isi air dalam botol.

ajaq kanak kanak cara solat yang betul.

ustaz n DNI latih imam muda(baju kuning).

mandi jenazah.




head Prep&tech. time mural.

mural lagiii.

ada kemajuan:)

padang.

panas okay. tapi tetap bersemangat.

sikit lagi nii.

after mengecat, posing japp.



terus bermural.


done!

kawasan sekolah. bentuk U.

alhamdulillah.

Ahh panjangnyaa ceritaa aku. Banyak lagi yang tak story. Next time pulak. Kbye!


Saturday, 11 August 2012

Anjakan PARADIGMA!


As salam,..

Anjakan paradigma? Woo woo nadia. Gerun kot. Haha. Chill chill takdak apa yang nak ditakutkan. Cuma perlu bersedia sahaja. Kenapa? Why? Awat? Pasaipa? Bakpo?? Apa yang nak dianjakkan? Ni haa pemikiran aku yang perlu aku buat sedikit anjakan paradigma. Aku taw selagi aku takbuat perubahan ni, aku akan tetap macam ni.tanpa sebarang pencapaian.nak macam tuu? MESTILAH tidak.keh3!

Pemikiran aku yang mana yang nak diubah tuu?

-pemikiran aku yang selalu rasa diri aku takmampu nak buat apa. Means? 
Aku yang selalu pk macam ni,
 “aku study banyak banyak pun, aku still macam tuu jugak. Takboleh lawan dengan bebudak yang laen. Depa bijak semua. Aku biasa biasa sajaa. Hang hebat. Aku tak. Aku blur. Aku takut. Aku tak kuat nak face semua ni.boleh kaa aku go through semua ni? Boleh kaa aku buat tuu? Boleh kaa aku buat ni? Aku tak rasa aku boleh buat wehh. Kalaw markah hang pun rendah macam tuu, apatah lagi markah aku kan?aku letih laa macam ni. Semua tak kena.”.
ha terok kan cara aku tuu? Banyak betoi persoalan aku. Banyak jugak aku punya ketidak yakinan dengan diri aku. Aku selalu pk aku takboleh buat better dari orang laen.Ni semua jadi sejak sejak aku masuk UIA.

Kenapa aku start pk macam tuu?

-sebab masa masuk UIA mula mula dulu, bila kena taaruf(kenalkan diri) dalam kelas, lecturer akan tanya dari sekolah mana. Classmate aku rata ratanya dari MRSM, takpun SBP, paling kurang pun sekolah elite, takpun kluster or SBT. Aku? Aku sekolah harian biasa. Ramai pulak gangster kat situu. Taw dak apa perasaan bila dalam kedudukan macam aku? Rasa rendah diri. Nak sampaikan pendapat pun aku tak berani. Kalaw aku ajar dorang pun, even apa yang aku ajar tuu betoi n tepat, at the end aku mesti akan cakap,”aku taksure taw.aku tipu jaa ni. Hampa recheck taw takut salah.”see. betapa aku takdak self confident.haish.tapi makin lama aku makin boleh terima keadaan tuu. Aku lari macam mana pun, hidup aku tetap dikelilingi bebudak yang pandai ni semua.apapun, aku still bangga dengan cikgu cikgu aku.hehe.

Kenapa aku bangga dengan cikgu sekolah aku?

-okay.pendidikan aku bermula dari aku baby lagi.haha.aku masuk tadika sejak aku umur 5 tahun aku rasa.nanti aku tanya mak aku.aku taksure 4 or 5 tahun.hahaa.masa tuu, sangat lah happy. Aku cepat belajar dulu. Cikgu tadika aku siap letak meja khas untuk aku sebelah meja dia. Special kan saya?hehe.bangga jap.then Darjah 1 sampai 6 aku disekolahkan di SK Langgar, Alor Star. Taw kaa kat mana?datang lah kedah yaa.during this period aku agak happy lah. Aku still ingat, masa darjah 1 aku dok kelas last sekali sebab daftar lambat.  kengkawan tadika aku dapat kelas depan depan. Satu hari masa tunggu van pakcik tuu mai pick up kami semua, depa kata macam ni kat aku,

”tamaw lah kawan dengan nadia, hampa  bodoh dok kelas belakang sekali.” 

Amboy! Kejam aih. Aku diam jaa. Buat tataw jaa. Alaa balik rumah ajak aku maen sama sama jugak nanti. Apapun statement tuu dah berjaya calarkan hati aku. Aku ingat sampai harini.haha. apapun thanks kat kawan kawan aku tuu,  depa dah berjaya buat aku masuk kelas pertama. Aku berjaya langkah 5 kelas n jadi pelajar harapan. Tapi dorang akhirnya kat kelas belakang sampai darjah 6. Btw, thanks cikgu. Masa form 1 aku takdak lah ke sekolah yang best. aku bersekolah di SMK Hutan Kampong. Haa dengar macam ish apa kampong sangat sekolah dia nii. Haha. Aku pun gelak dengar nama ni. Tapi sekolah ni sekolah baru. Aku 1st batch. Sekolah ni tak kampong langsung. Dia tepi highway. Bangunan baru. Nama jaa slack sikit. Haha. Aku dapat jaa tawaran p sekolah yang best dari sekolah ni. Sekolah yang takmungkin orang akan pandang rendah. Tapi sekolah ni yang aku pilih. Ikut suka aku lah.haha. lagipun aku dapat aliran khas so takmungkin laa akan terbiar nasib aku. Aku stay kat sekolah ni sampai SPM.  Result PMR aku boleh jaa kalaw aku nak tukar, tapi aku sayang sekolah aku.cewwahhh! cikgu cikgu? Ada yang okay, ada jugak yang tak.semua sekolah macam tuu kan. Tapi aku okay jaa. Masa SPM, setiap malam aku ada tuisyen. Struggle. Alhamdulillah, dapat jugak masuk UIA. Sebab tuu aku bangga dengan cikgu cikgu sekolah aku. Wee~~

Macam mana aku motivate diri aku?

-macam macam cara aku buat.haha. be positif? Dari sekolah lagi aku dah dengar. Tapi aku macam tak kisah sangat. Sampai lah aku masuk CFSIIUM, aku kenal dengan sorang kawan aku ni. Kesian dia, bila aku tension stress tertekan aku bagitaw dia. Aku citaa kat dia. Aku nangis pun aku bagitaw dia. Haish. Sorry kawan. and dia selalu cakap,”chill jek, move on, come on laa, positif laa sikit nadia, jangan pk diri sendiri jaa teruk okay?...”. mak pun selalu cakap,”dimana ada kemahuan disitu ada jalan.” Ramai yang bagi aku semangat. Terima kasih sangat. Aku pun selalu buka page Positive Outlook kat FB. Baca quotes yang ada buatkan aku ter fikir macam macam. Aku semakin positif. And statement kawan aku yang paling aku ingat n takmungkin aku lupa. Aku cakap aku give up. Katanya,”give up give up, go on laa dengan give up hang.”.fuhh. menusuk kalbu oii. Lama aku pk, aku taw dia pun ada masalah yang lebih besar pada masalah aku. Apapun.aku berterima kasih. Kata kata tuu buat aku janji dengan diri aku,
I won’t give up ever again.be positive.” Tuu lah kemuncak nasihat dia kat aku. Dah takdak lagi T_T.

cuba tengok video ni, 

pinjam dari YouTube jaa.sedikit boring sebab background music jaa tapi berkesan.

Apa lagi yang buat aku pk untuk buat ANJAKAN PARADIGMA ni?

-drama Korea yang aku tengok dah berjaya push semangat aku.”MASTER OF STUDY” sangat sesuai untuk golongan yang low self esteem macam aku.haha.ada satu part dimana sorang student ni sangat kecewa sebab antara semua kawan kawan dia, dia paling banyak struggle tapi result dia tetap fail. Perasaan dia tuu aku penah rasa. Sedih. Dia give up n malu. Dia persoalkan,”kenapa dia still fail sedangkan dia dah put a lot of efforts?”. Dia give up tamaw study.
cikgu dia pun kata,”nak taw kenapa macam tuu? Sebab dia takpenah yakin dengan kebolehan diri dia. Dia takut dengan bayang bayang sendiri. Kenapa nak give sedangkan peluang dah ada depan mata. Kita Cuma perlu terus usaha nak dapatkan. Lalui semua halangan tuu dengan sabar. Kemenangan sedang menanti.”
 Menangis nangis aku. Ayat tuu aku ubah ubah sikit. 

DENGAN ITU BERMULALAH ANJAKAN AKU.

I am now...


Kbye!

Friday, 27 July 2012

berubahlah untuk masa depan :)

As salam.,,


Perubahan yang kita lakukan , maksud aku berubah for something better. something yang menjanjikan jannah. taksusah pun. yang susahnya bila kta selalu pk kan orang sekeliling. mulut orang kita takboleh tutup wehh.terpulang apapun depa nak kata kat kita. as long as perubahan yang kita buat tuu masih berada di atas landasan yang betul. di jalan ALLAH. teruskan . abaikan semua anasir anasir yang boleh menjatuhkan kita. yalah kan. kita buat semua kerana ALLAH. bukan sebab orang sekeliling. kita nak cari redha DIA.lagi satu. kalaw kita tak buat perubahan tuu, sapa lagi? bukannya orang yang dok mengata or pandang kita pelik sebab kita berubah  tuu yang nak tolong jawab kat akhirat nanti. lagipun sampai bila kita nak terus di takuk lama kann.?kalaw depa tamaw sokong kita apa boleh buat kan? kita takboleh nak paksa orang terima kita apa adanya kita.aku b'syukur sebab dikelilingi family n kawan kawan yang sokong apa aku nak buat.terima kasih. sebak sangat bila aku ingat. walaupun cuma perubahan kecil tapi aku bersyukur sebab hati aku t'gerak nak lakukan tuu. insyaALLAH . doakan aku.


kbye! :)

Monday, 23 July 2012

Ohh puasa.

As salam,..
Semoga puasa kita tahun ni lebih bermakna dari tahun tahun sebelumnya.InsyaAllah wa amen J
Sebak jugak rasa bila pk pk sejak sejak aku masuk UIAM, sejak dari CFSIIUM sampai lah sekarang dah masuk UIA Gombak ni,  aku dah 3 tahun taksambut kedatangan ramadhan dengan family. Bukan tamaw tapi tak berkesempatan. Jarak memisahkan. Cewwahhh. Bajet kat oversea pulak nadia.haha. tapi siyes laa kan. Dari sini nak balik kedah dah berjam jam.hidup kat atas bus jaa. Nak naek flight? Belum t’desak lagi.haha.lagipun aku busy dengan study kat sini.macam baru ni kalaw ikutkan aku memang nak balik.sempat jaa.tapi.ada tapinya.aku ada exam kott hari jumaat harituu.yaa.memang boleh lagi nak balik sebab puasa sabtu kan.tapi sabtu aku ada meeting dengan MISI about program Da’wah Exploration to Sarawak bulan September nanti plus aku ada kuiz isnin nanti. Can you imagine, kalaw dah makhluk Allah yang nama Nurul Nadia binti Mohamad Bakri ni balik kedah, ada kaa dia nak sentuh buku??memang dakkk lah.so decision untuk tak balik adalah yang terbaik aku rasa.apapun still rasa sedih bila mesej kengkawan wish ‘Selamat menyambut Ramadhan’, ada yang cakap depa kat rumah, otw balik kampong laa.huwwaaa.sedih aku weh.aku kat sini haa. Berkampung dekat Blok E1.3, Mahallah Ameenah, UIA Gombak dengan lagi dua roommate aku. Sahur pun minum air kosong jaa.ceh.buat terok.b’sederhana cukup, nadia.okay.takpayah nak mengada sangat.bersyukur laa hang dah dapat tiket nak balik kedah raya nanti oii.ada orang yang t’paksa tak raya kat rumah taw dak?jangan nak mempersoalkan lagi kenapa hang tak boleh balik sambut ramadhan kat rumah sedangkan orang laen boleh.everything happens with a reason.hee.haa ingat ingat balik keletihan aku n zatie berperang nak cari tiket macam lawak pun ada.tapi memang letih gilaa ah.bayangkan aku habis jaa exam jumaat harituu, after habis solat jumaat kami pi tunggu bus nak keluar dari UIA.pukul 4 baru dapat bus.dengan manusia dalam bus bagaikan sardine.dahh sampai LRT Gombak amik token p KL Sentral.jaoh tuu.yalah ingatkan boleh laa balik kedah naek train.seumur hidup aku, aku tak penah naek train dari KL ke Kedah yang ambil masa 12jam tuu.so aku t’sangat laa excited. Sampai KL sentral, siyesly orang macam semut dapat gula.fuhh ramai.jalan pun b’himpit himpit.takbest.langsung takk.b’tambah takbest bila tiket train pun takdapat.habis.lagi stress sebab kena beratur gilaa punyaa panjang sebab nak dapatkan token ke plaza rakyat yang hanya sebesar syiling 50sen tuhh.tercabar. sampai plaza rakyat, manusia ya allah ramai.terus jaa p kaunter tiket tanya tiket 16hb ogos 2012.aku dahh tak kisah bus apa lagi dahh.yang penting aku boleh balik raya.alhamdulillah ada.pukul 10malam.then pegi asar n maghrib kat pudu.satu hal lagi nak balik Gombak, nak beli token kena beratur panjang pusing macam ular dahh.aku pelik mana datangnyaa manusia ni semua.haha.apapun aku baru taw susahnya nak cari tiket nak balik raya.sebelum ni kalaw aku nak balik, kakak aku yang belikan. Tapi right after aku habis asasi dia pun pindah kedah. So bila dah degree, pandai pandai lahh nadia berdikari. Mana mana nak pegi, pegi sendiri.hehe.sebabkan tiket tuu lah, aku takdapat p terawih kat MPH(multi purpose hall) malam tuu.sobb sob.habis ceritaa aku.penat mengarang.
Okaylah.nak study dulu yaa wahai Encik Blog.kbye <3

Saturday, 21 July 2012

RAMADHAN KAREEM! ^_^

as salam.,

selamat berpuasa semua. pejam celik pejam celik dah setahun rupanya masa berlalu. rasa macam baru lagi raya tahun lepas. nampak sangat nadia busy dengan dunia.haish. 

"ya allah, kau berkatilah kami semua hamba-MU. permudahkanlah jalan kami menuju hidayah-MU.berikanlah kami kekuatan.berkatilah kehidupan dan amalan kami.ameen."

***actually aku nak sangat wish dekat hang tapi... T_T

kbye.

Saturday, 2 June 2012

DON'T GIVE UP!

as salam.,

YEAY! holiday, bebeh!

i've been waiting for such a long time to end this semester.

yes! macam macam jadi sem ni. sampaikan sometimes i feel like giving up but tuu bukan sifat yang baek n give up bukan sifat orang muslim, right? so, i refused to give up n started to climb again n again. keep on struggling day by day eventhough sometimes rasa down sangat bila orang keliling kita jaoh tinggalkan kita. for example, their mark too high but yours too low. rasa macam satu tamparan yang hebat gilaa ahh. rasa segan n malu. i know how it feels. macam jatuh ditimpa konkrit. but always remember yang

 "failure is the beginning of life, not the beginning of the end".

 everybody has their own potential and talent yang membezakan kita dengan orang laen. bagi aku, those yang manage to recover from the failure is an outstanding people. learning process tuu best sebenarnya for those dengan niat n semangat yang betul. insyaALLAH.

p/s : if you feel like crying, go ahead. lepaskan apa yang terbuku di hati tapi always remember walaupun orang sekeliling you jaoh kan diri you still have the only one ALLAH which never leave us alone. yang selalu dengar rintihan kita tentang kehidupan.

Wednesday, 18 April 2012

i need you T_T

aku rindu nak bercerita.

Sunday, 1 April 2012

stok ubat b'tambah =_=

salam,.
ubat?!
sia sia jaa doktor bagi aku. tak makan pun.
so, takpayah lah susah susah nak bagi, doc.
buat letih jaa saya kumpul banyak banyak.hee
ubat tuu taksedap langsung okay.wee~~~
honestly,..aku takreti makan ubat.haha.macam budak budak.
lagipun, aku lagi suka b'tahan daripada b'gantung dengan ubat.
seksa oi nak telan ubat tuu.HAHA.
so aku kena relax and chill jaa.
percaya dengan janji ALLAH.
ajal maut jodoh pertemuan di tangan ALLAH :)

kbye.

Monday, 12 March 2012

chaotic life =_=

salam.,,
haish.tunggang t'balik emosi aku kat sini.busy.busy dengan study.asyik dapat assignment jaa @_@
busy dengan enginius society =_=  btw, its fun.atleast bila attend meeting boleh jugak nak release kan stress.haha.busy dengan caring club n misi club.cewwahhh.baru ada berapa meeting jaa dah rasa busy tahap lah kan, nadia??hahaaa.chill bebeh.make it fun.ingat kata kata sorang sister tuu,

"hidup korang meaningless kat UIA ni kalaw tak join apa apa program".

hee.yaa.kat sini lah, i mean kat university level lah kita nak gain experience pun.experience pun bukan saja saja.dengan experience lah kita nak bawa diri kita kat luar sana nanti.real life out there is full of fake.tudiaaa.haha.so just enjoy your days kat sini, nadia.takdak benda yang mudah dalam dunia ni.time management tuu penting.hmm.rasanya aku dah manage time wisely dah.haish.dekat blog lah aku nak buat 'luahan rasa'.haha.yaa.my mr. Blog sangat understanding.hmm.tiba tiba teringat.nak menjawab soalan ni.aku perlukan orang yang paham aku sebab dengan orang tuu aku boleh b'ceritaa n b'kongsi.maybe hang tak penah kisah benda benda macam ni kan?tapi aku kisah.weh.kita tak sama.banyak yang m'bezakan kita.hang tabah aku tak.hang fast learner aku blur.hang tak nangis aku nangis.see.banyak beza kita.you know what?sometimes aku rasa hang paham aku.tapi sometimes tuu macam...okay, forget it.tapi dunworry, aku still taw macam mana nak senyum n ketawa.sebab dengan senyum sikit pun aku dah rasa cukup lega.bila aku senyum, rasa marah pun boleh hilang.magic kan?haha.

okay dah.get ready nak g kelas n start the new chotic week, nadia.
have fun! :D

Monday, 5 March 2012

process of learning =_=

its continuous :)

nadia, jaoh mana pun nak lari, proses ni akan tetap ikut hang.proses yang takpenah habis.kata nak b'jaya.so jangan give up.jangan mengeluh.

"mengeluh tuu bukan sifat orang muslim"


.don't give up try.
takdak yang senang kat dunia ni.semua perlukan usaha.kalaw apa yang diingini tuu tak t'capai lagi, jangan marah.mungkin ada hikmah.ALLAH nak uji hang, nadia. teruskan b'doa. gandakan usaha. walaupun ada yang membezakan hang dengan orang laen, maybe dari segi 'kepantasan memahami sesuatu'.jangan down.jadi kan benda tuu sebagai cabaran untuk berdiri sama tinggi dengan depa tuu semua.ALLAH knows what you know not.everything happens with a reason.haish.JANGAN GIVE UPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP!!!jangan nak suka suka pinjam masa orang untuk hang b'ceritaa masalah hang yang macam apa jaa okay.nanti ada yang rimas.kbye.sebak dah ni.


Monday, 30 January 2012

WELCOME TO THE GARDEN OF KNOWLEDGE AND VIRTUE (*_*)


.WELCOME TO THE GARDEN OF KNOWLEDGE AND VIRTUE.

Woohooohoooo..!

J J J

Ahahahahaaaaaa..!

Hari ni hari apa???

Hari ni hari Isnin.okay. 30 Januari 2012.

Esok selasa. 31 Januari 2012 .okayfine. Esok REGISTRATION DAY kat UIAM, Gombak.

Happy kaa aku??

Yaa.aku happy.sangat happy.sepatotnyaa lah.but I don’t know why, aku tak happy mana pun.hmmmmmm…

Macam harini, patotnya by now, aku dah ready semua barang yang aku nak bawak pi sebab petang ni dah nak b’tolak p KL.tapi sampai sekarang apa pun tak complete lagi.barang b’terabur lagi.apa dah jadi dengan hang wahai Nadia??yang aku taw.aku takdak semangat.ZERO.borang borang aku pun tak habis lagi aku isi.haishhh.starting 20hb harituu lagi aku dok countdown sorang sorang aku.countdown lagi berapa hari nak pi Gombak sana.bila aku tengok calendar jaa, mesti nervous semacam jaa rasa.rasa takut yang melampau aku rasa.grr.aku pikir pikir maybe sebab ni kottt.

ü  Takut nak face tempat baru sebab tak penah lagi pi UIAM Gombak tuu.

ü  Besfren aku kat CFS yang selalu study dengan aku, bagi semangat kat aku, ajaq aku math haha, teman posing aku and banyak lagi yang kami buat sama sama.kami t’pisah mahallah(kolej kediaman).memang lah kat CFS tak satu mahallah tapi kami dah plan macam macam okay dengan harapan dapat satu mahallah.tapi UIA dah TOLONG decide untuk kami.kfine.hmmm.bukan senang aku nak cari kawan yang paham tahap BLUR aku ni haa.kami sama sama takdak semangat.semua sebab mahallah.haha.terpisah laa aku dengan fatihah or ada kawan kami yang cakap kekasih gelap aku.BHGAHAHAHHAAH.whatever.yang penting kami BBF.eh silap. BFF.

ü  Terpisah dengan rumate tersayang a.k.a mybenz.HAHA.ni lagi sorang yang paham BLUR aku.hmmm.i miss you.

ü  Harapan nak pilih rumate macam tipis jaa.HAHA.UIA kan suka buat keputusan sendiri.takpaa.dah paham sangat dah.

ü  1st year ni takpaa lagi sebab subjek dengan budak engine yang major laen laen pun sama lagi.still boleh study sama lagi.yang aku takut tuu nanti.bila dah kena study subjek untuk major aku tuu.hmmm.tah apa bentuk dia.maybe betoi kata tihah, rupa pelajaran baru tuu macam ni,..”rupa dia petak rambut bersimpul,lepas tuu kita pulak jadi macam tuu”.HAHA.maybe yaa.

ü  Hmmm.sapa rumate aku nanti???i can’t wait.kononnyaaa.HAHA.





Actually, aku takdak laa takut sangat benda benda kat atas ni.aku taw apa yang aku takut sangat nak face kat sana nanti.tamaw lah mention kat sini.apapun aku nak kita SAMA SAMA DOA weh.okay dah.tuu yang aku paling takut gilaaa nak nafas takboleh.haish.sudah sudahhh.

Nampaknya takdir aku memang dengan UIA.hmm.okay.yaa, doc.i’ll keep the letter. L

HAHAHAAAA.sengal.takpenting pun benda tuu.MEMBAZIR jaa bagi aku.dah.aku sorang yang paham.wahahahahaaa~~

Okay.cari semangat nak pi belajaq ni.

·         Tetap kan niat.

·         Ingat amanah mak n abah n semua.

·         If there’s a will, there’s a way.

·         Focus study jaa.

Buat masa ni.tuu jaa yang mampu aku nak list kan.haha.

Okay.

MAHALLAH AMEENAH, UIAM GOMBAK. Tunggu saya datang okay.weeheheee

Oh TAARUF WEEK~~

Kbye!

Monday, 16 January 2012

ohhh SPEECHLESS (*______*)

assalamualaikum .,,

“BANKER TAK DATANG LAGI..!”

Huh.panas hati aku ingat statement ni.kurang ajaq.even tak ditujukan kat aku tapi betoi2 depan aku di buat statement ni.’dia’ di sini merujuk kepada seorang lelaki. Takdak kena mengena dengan family aku pun. Aku pun tak kenai dia sangat.ni bukan nak backbiting or what.ni cuma satu perkongsian agar pompuan pompuan kat luaq sana b’jaga jaga.okay.actually dulu aku takpecaya sangat dia ni macam ni punya baguih perangai.yalah.takdak pasai pasai aku nak tuduh dia.aku kenai dia pun dak.orang kat situ cakap dia ni kawan denagn anak dato’ tuu sebab budak tuu dok payung dia selama ni.ni bukan payung yang kita guna time hujan tuu tapi payung a.k.a supporter in term of money.penah jugak dengar orang kata yang that guy penah kata ‘aku bukan nak sangat kat dia tuu, asal dia belanja aku dah laa’.dari sumber yang boleh dipercayai.huh.perasaan aku masa orang cakap macam tuu, aku dah rasa agak menyampah dengan dia.tapi ke’menyampah’an itu dah menjadi jadi sekarang. Dia bukan tak kejaa.haish.tapi tak dinafikan setiap kali aku p situu mesti ada dia dok lepak jaa.memandangkan mak aku buka kedai western food kat situ, selalu lah aku kat sana.n paham lah kan makanan kat kedai mak aku agak mahal sikitlah dari kedai kedai laen.tapi taklah mahal mana sebab makanan dijual dengan harga student gituuu.n dia ni selalu lah jugak order kat kami.yang aku taw semuanya  awek dia yang bayaq kan.melainkan harga nugget yang rm1 tuu.kfine.aku taklah kisah.lantak hang lah.tak ganggu hidup aku sudahhh.al kisah satu hari tuu dia order beef burger plus cheese.okay.aku pun buatkan lah.dah siap tapi dia tak datang datang lagi.hee.so kak aku bagi lah kat kawan dia suruh bagi kat dia.dah lama tuu, dia mai kedai kami tanya burger dia, kak aku cakap dah bagi.aku pandang jaa lah sambil dok makan fries.haha.sekali dia buat statement dengan muka selambaa. takdak maruah bagi aku.

    “oh yaa kaa?okay takpaa.satgi bayaq naa kak.BANKER TAK DATANG   LAGI.”

Huh.terdiam kakak aku.aku tataw apa apa sebab dok focus kat fries.HAHA.tapi aku dengar laa jugak apa dia kata tuu.Cuma takjelas.then dia pun p laa  tempat dia selalu lepak.kakak aku pun tanya aku,

“dengaq dakkk apa dia kata?”

“dengaq sikit sikit jaa.awat awat?apa dia kata?”

“dia kata satgi dia bayaq,banker tak datang lagi.macam apa lagi laki nii.”

“ha?!weh, kurang ajaq gilaa dia tuu.awat tak malu sangat.p jaja maruah diri dengan bangga macam tuu.weh setakat berapa ringgit pun tak mampu nak bayaq, harap awek dia jugakk, tatawlaa nak kata apa kan.bengong nyaa dia tuu.hish.tak leh terima nii.dia ingat kita syok kot dengaq dia kata macam tuu.tak malu sangat aih.”

Menyampah aku berganda ganda.Lebih kurang sejam lepas tuu, awek dia turun dari dari bilik.dia mai bayaq.Haish.macam tuu lah lebih kurang.weh.tak kisah laa hang nak bayaq bilaa pun, tak kisah.biasalah kat situ memang macam tuu.tapi tolonglah jangan melampau n bangga sangat bila buat statement tuu.nasib baek aku tengah makan waktuu tuu.kalaw aku pegang pisau.huh.arwah hang cekk oi.cewwah!bajet berani pulak aku.aku sekarang tengok diaa pun dah menyampah.dia yang buat orang menyampah dengan dia.haish.pelik kan laki macam ni.bangga jaa dia bagitaw orang,
“asalkan boleh support aku, aku okay jaa”
bangga lah boleh kata macam tuu.weh.bukan nya hang takdak kejaa, bukannya hang takdak pendapatan.tolonglah ingat, walau macam mana susah pun kita or walaupun kita ni takdak apa sekalipun, paling kurang pun kita ada maruah yang kita kena jaga.yang hang selambaa sangat buat orang pandang serong kat hang macam terok sangat tuu pasaipa.huh.awek dia tak kata apa, biaq jaa lah.takpaham aku.tuu satu hal.apapun doakan yang terbaik untuk depa.amin.pesanan untuk perempuan perempuan dan wanita wanita atau dalam erti kata lain, kaum hawa macam aku ni.weeeheeee.walaupun kena reject dengan orang yang hampa suka HAHA, seterokmanapunkita, sedesperate mana pun kita, se lonely mana pun kita, jangan lah sampai sanggup jadi payung kat lelaki lelaki macam ni.tuu tak  kawen lagi dah kena support makan minum pakai dia, dah kawen nanti tataw  lah kan.kalaw dari awal dia tunjuk perangai mintak payung macam ni, jaohkan lah diri dari awal okay.yalah.laki macam ni, macam mana nak bela anak orang nanti.melarat hidup nanti.kalaw masa dah kawen boleh jugaklah kata suami isteri kena saling membantu.ni tak  kawen pun lagi, dah tunjuk perangai pelik macam tuu.untuk kaum adam pulak, get ready lah dari awal kalaw ada niat nak kawen naaa.bukan dari segi ekonomi jaa, tuu ilmu kat dada tuu penting.hohoo.idaman kuuu.haha.ngada hang nadia.kalaw soal agama pun tunggang langgang macam mana nak bimbing wife nanti.
TAPI WALAU SAPA PUN JODOH KITA, TERIMA SEADANYAAA.KITA KENA USAHA NAK UBAH DIRI MASING MASING KEPADA YANG LEBIH BAIK.TRANSFORMASI KEPADA YANG BAIK TUU TAK SALAH OKAY.
haish.mai dah mengada hang nadia.HAHA.takdak yang perfect kita ni.hehee.weh.kalaw ada yang heartbroken dengan sesapa kan.ingat ni;

 Ya Allah guide me through this - You show me the way
If he be good for me and my deen(religion)
Then make it easy for me
Otherwise turn him away from me
and
Make me contented with Your decree
 
Aku jumpa kat page ILoveAllaah.com.lepas baca benda ni, I feel better J

Semoga ALLAH temukan kita dengan jodoh yang terbaik untuk kita.wooohooo.

haish. Sungguh hang dah overboard ni nadia.cakap pasai jodoh jaa dia.haha.dah3!study dulu.capai impian hang yang setinggi langit tuu.baru pikir pasai benda ni semua.hihiii.kbye!

assalamualaikum .

Saturday, 14 January 2012

i'm OKAY (*_*)

assalamualaikum .

Situasi ini berlaku around bulan Disember 2011.

Lokasi : Kedai Western Food DPP TNB, UUM Sintok, Malaysia.

aku bagi pintu gerbang .HAAHAAA
Cewwah!hee.nak buat ayat esei.

Rupanya ada yang sedang memerhati.Sedang aku diam diam tak ganggu orang focus memotong kobis untuk dibuat coleslaw.tiba tiba..

Mak : awat mak tengok kakde ni laen jaa sekarang ni? Monyok jaa.

EHEM!kelam kabut aku. Nasib baek tak potong jari.fuhhh.MAUT SOALAN INI. :P

Aku : ha?apadia mak? Bila pulak laa kakde monyok jaa? HAHAHAAA.(cakap tak pandang muka mak,   mata dah macam kaca nak pecah jaa lagaknya.kobis yang dipotong pun dah lebih amountnyaa.)

Tiba tiba mak bagi statement ni ;


“kakde,mak kenai anak mak ni, kita jangan harap atau tunggu orang yang takpenah pandang kita.sedaq diri kita macam mana.tak sesuai untuk depa.kalaw nak pilih nanti, pilih orang yang nak kat kita, bukan pilih orang yang kita sajaa dok terhegeh hegeh nak kat depa.”


Sebak tiba tiba bila aku ingat statement mak ni.

Aku : HAHAAA.apa laa mak.kakde taw laa tuu.kakde muda lagi nak pikir semua benda ni.kakde okay jaa pun.kakde takpeenah kisah.lantaklaa.ada ka takdak orang yang nak.kakde happy sudahhh.HAHA.mak mak.kakde sakit perut.nak p toilet sat jaa.ni sayur dah siap potong.p dulu naaa.hahhaaa.(tak penah cakap benda macam ni dengan mak weh.haha.tekejut cekkk.masa tuu aku sedaq, woi nadia.dah nak masuk 20 yaa kamu.HAHA)

Sampai jaa toilet, paham laa kan.basuh muka.bertekad tamaw ingat lagi.tapi.aku fail.dalam hati aku terpikir, rupanya mak dapat rasa yang anak dia ni tengah bengong.HAHA.mak perasan walaupun aku gelak kuat macam mana pun.mak kenai anak dia.pikir pikir balik.yaa.harini aku ingat balik statement tuu.and aku kuat oo.betoi apa yang mak cakap tuu.TERIMA KASIH, MAK.sebab bagitaw kakde apa yang kakde lupa selama ni.dunworry, I’m still your girl, forever your girl.yang childish tuu.yang mengada tuu.yang pelik tuu.HAHA.
my only mak <3

my only abah <3
abah pun ada buat statement.
"kalaw kakde dah ada kawan suruh dia mai jumpa abah dulu.abah nak tengok dia"
woohooo.aku dengan muka teruja, "siyes kaa abah??haha.plez laa."
                                         
my only tok <3
tok pon sama jaaa.aku memang mengada kalaw dengan tok.suka kacaw.haha.
satu hari."tok, boleh dak kalaw kakde kapel??"
"boleh aih, mai sini tok nak tengok"
"haha,kakde maen maen jaa tok.kakde nak bcinta lepas kawen gituu"
"baguihlaa, blajaq dulu rajin rajin.masa depan tuu penting."

ketiga tiga insan ni sangat penting dalam hidup aku.aku sayang mak.sayang abah.sayang tok.okay.aku ada sorang jaa tok.tok sebelah mak aku.ceritanyaa begini.HAHA.
mak n abah kawen masa tuu masing masing ada parent lagi.abah aku orang Lenggong, Perak.mak aku orang Alor Star, Kedah.kami menetap di Kedah.so aku orang Kedah laa kan.bangga bangga.hee.kalaw nak ikutkan, aku teringin sangat nak panggil opah, atuk n tok wan.tapi sayangnyaa depa ni dah pegi terlebih dahulu sebelum sempat aku pandai panggil opah, atuk n tokwan nak mintak duit raya.kadang kadang aku sedih sangat bila pikir aku takpenah rasa apa perasaan bila dapat panggil tokwan, atuk n opah.tapi takpaa.Allah lebih menyayangi mereka.cucu ini cuma mampu berdoa agar satu hari nanti kita bertemu.dan disebabkan inilah.aku cuma ada sorang tok sajaa.n sayang aku tertumpah untuk tok jaa.tok tak payah share kasih sayang dari cucu tok yang bertiga ni.heehee.
so.sayangi dan hargailah mereka selagi mereka masih ada.kalaw tak menyesal nanti weh.cewwahh!
APA YANG AKU NAK CAKAP IALAH.,,

I'M OKAY.
heheheeee.kbye!



Sunday, 8 January 2012

(*_*)

Sunday, 1 January 2012

satu PENGHARGAAN untuk my Mr.B :P

Today is merapu merepek day.HAHA.nak ganggu orang??dah lama aku bunuh n kuburkan HABIT aku tuu.ish.kejam.hee.biaq lah yang penting aku tak susahkan sesapa lagi dah.sejak sejak ada ENCIK BLOG, saya dah semakin tabah, hidup lebih terisi.Dengan ENCIK BLOG saya boleh berceritaa n luahkan pendapat sesuka hati saya, anytime n everywhere.ENCIK sentiasa ada dengan saya.ENCIK tak fedup n rimas dengan saya kan?kan?hee.sayang ENCIK lebihhh.HAHA.dengan ENCIK saya takpayah nak sakit hati.kita saling melengkapi kekurangan masing masing.ENCIK bagi saya ruang nak ceritaaa pa yang saya rasa nak ceritaa, saya bagi saya punya idea merapu dekat awak wahai ENCIK BLOG.hahaa.skema terok ayat aku ni haa.biasalah kan.ni kan AYAT PENGHARGAAN.okay.

TERIMA KASIH ENCIK BLOG!!! J

Kembali kepada topic asal.HAHA.nahhh.aku bagi lirik lagu ni :D

Look around yourself
Can’t you see this wonder
Spread in front of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
chorus Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside
No
We just have to
Open our eyes our hearts and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise

Take us in the best way (Allah)
Guide us every single day (Allah)
Keep us close to You
Until the end of time

Look inside yourself
Such a perfect order
Hiding in yourself
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand
So are they really there

chorus

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing
So why deny
What’s in front of your eyes
The biggest miracle of life

Allah
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You
Alhamdulillah





**ni bukan apa taw.ni just nak ingat kan diri sendiri yang selalu terlupa n kekadang tataw nak bersyukur. Lagu ni before ni aku just dengaq macam macam tuu jaa.tapi bila sekali tuu aku try hayati, dengaq n paham betoi betoi.aku sedaq betapa BESARNYA kekuasaan ALLAH and betapa keciknyaa aku kalaw nak dibandingkan.terlalu banyak miracles yang dah berlaku kat dunia ni, daripada sekecik kecik benda sampailah sebesaq besaqnya perkara. cuma kita jaa yang kekadang terlepas pandang n tak ambik kisah sangat.fitrah manusia memang macam ni.selalu khilaf.WE ARE PERFECTLY IMPERFECT.sekadar ingatan untuk diri sendiri n sesapa jaa.ceh.bajet lah nadia.weh.tak salah kan kalaw kita saling mengingatkan malah aku rasa sangat dialu alukan.TAPI.apapun mesti kena pada tempat n caranyaaa.kbye.HAHA.

p/s : aku bukan peminat Maher Zain tapi aku dengaq lagu dia :P

don't forget to smile, guys!

Ibnu Taimiyah berkata :
"Jika masalah yang saya hadapi menemui jalan kebuntuan,
maka saya akan beristighfar kepada Allah lebih kurang 1000 kali, nescaya Allah akan membukakan jalan keluar".
Beliau berkata lagi dengan ucapan la hauwla wala quwwata illa billah :
"Semua beban boleh ditanggung, segala kerisauan boleh diatasi dan kehidupan menjadi lebih mulia."
Senyum dalam kedukaan, tanda insan punya keimanan.
Yakin semua yang terjadi adalah ketentuan-NYA :)