Followers

Saturday, 11 August 2012

Anjakan PARADIGMA!


As salam,..

Anjakan paradigma? Woo woo nadia. Gerun kot. Haha. Chill chill takdak apa yang nak ditakutkan. Cuma perlu bersedia sahaja. Kenapa? Why? Awat? Pasaipa? Bakpo?? Apa yang nak dianjakkan? Ni haa pemikiran aku yang perlu aku buat sedikit anjakan paradigma. Aku taw selagi aku takbuat perubahan ni, aku akan tetap macam ni.tanpa sebarang pencapaian.nak macam tuu? MESTILAH tidak.keh3!

Pemikiran aku yang mana yang nak diubah tuu?

-pemikiran aku yang selalu rasa diri aku takmampu nak buat apa. Means? 
Aku yang selalu pk macam ni,
 “aku study banyak banyak pun, aku still macam tuu jugak. Takboleh lawan dengan bebudak yang laen. Depa bijak semua. Aku biasa biasa sajaa. Hang hebat. Aku tak. Aku blur. Aku takut. Aku tak kuat nak face semua ni.boleh kaa aku go through semua ni? Boleh kaa aku buat tuu? Boleh kaa aku buat ni? Aku tak rasa aku boleh buat wehh. Kalaw markah hang pun rendah macam tuu, apatah lagi markah aku kan?aku letih laa macam ni. Semua tak kena.”.
ha terok kan cara aku tuu? Banyak betoi persoalan aku. Banyak jugak aku punya ketidak yakinan dengan diri aku. Aku selalu pk aku takboleh buat better dari orang laen.Ni semua jadi sejak sejak aku masuk UIA.

Kenapa aku start pk macam tuu?

-sebab masa masuk UIA mula mula dulu, bila kena taaruf(kenalkan diri) dalam kelas, lecturer akan tanya dari sekolah mana. Classmate aku rata ratanya dari MRSM, takpun SBP, paling kurang pun sekolah elite, takpun kluster or SBT. Aku? Aku sekolah harian biasa. Ramai pulak gangster kat situu. Taw dak apa perasaan bila dalam kedudukan macam aku? Rasa rendah diri. Nak sampaikan pendapat pun aku tak berani. Kalaw aku ajar dorang pun, even apa yang aku ajar tuu betoi n tepat, at the end aku mesti akan cakap,”aku taksure taw.aku tipu jaa ni. Hampa recheck taw takut salah.”see. betapa aku takdak self confident.haish.tapi makin lama aku makin boleh terima keadaan tuu. Aku lari macam mana pun, hidup aku tetap dikelilingi bebudak yang pandai ni semua.apapun, aku still bangga dengan cikgu cikgu aku.hehe.

Kenapa aku bangga dengan cikgu sekolah aku?

-okay.pendidikan aku bermula dari aku baby lagi.haha.aku masuk tadika sejak aku umur 5 tahun aku rasa.nanti aku tanya mak aku.aku taksure 4 or 5 tahun.hahaa.masa tuu, sangat lah happy. Aku cepat belajar dulu. Cikgu tadika aku siap letak meja khas untuk aku sebelah meja dia. Special kan saya?hehe.bangga jap.then Darjah 1 sampai 6 aku disekolahkan di SK Langgar, Alor Star. Taw kaa kat mana?datang lah kedah yaa.during this period aku agak happy lah. Aku still ingat, masa darjah 1 aku dok kelas last sekali sebab daftar lambat.  kengkawan tadika aku dapat kelas depan depan. Satu hari masa tunggu van pakcik tuu mai pick up kami semua, depa kata macam ni kat aku,

”tamaw lah kawan dengan nadia, hampa  bodoh dok kelas belakang sekali.” 

Amboy! Kejam aih. Aku diam jaa. Buat tataw jaa. Alaa balik rumah ajak aku maen sama sama jugak nanti. Apapun statement tuu dah berjaya calarkan hati aku. Aku ingat sampai harini.haha. apapun thanks kat kawan kawan aku tuu,  depa dah berjaya buat aku masuk kelas pertama. Aku berjaya langkah 5 kelas n jadi pelajar harapan. Tapi dorang akhirnya kat kelas belakang sampai darjah 6. Btw, thanks cikgu. Masa form 1 aku takdak lah ke sekolah yang best. aku bersekolah di SMK Hutan Kampong. Haa dengar macam ish apa kampong sangat sekolah dia nii. Haha. Aku pun gelak dengar nama ni. Tapi sekolah ni sekolah baru. Aku 1st batch. Sekolah ni tak kampong langsung. Dia tepi highway. Bangunan baru. Nama jaa slack sikit. Haha. Aku dapat jaa tawaran p sekolah yang best dari sekolah ni. Sekolah yang takmungkin orang akan pandang rendah. Tapi sekolah ni yang aku pilih. Ikut suka aku lah.haha. lagipun aku dapat aliran khas so takmungkin laa akan terbiar nasib aku. Aku stay kat sekolah ni sampai SPM.  Result PMR aku boleh jaa kalaw aku nak tukar, tapi aku sayang sekolah aku.cewwahhh! cikgu cikgu? Ada yang okay, ada jugak yang tak.semua sekolah macam tuu kan. Tapi aku okay jaa. Masa SPM, setiap malam aku ada tuisyen. Struggle. Alhamdulillah, dapat jugak masuk UIA. Sebab tuu aku bangga dengan cikgu cikgu sekolah aku. Wee~~

Macam mana aku motivate diri aku?

-macam macam cara aku buat.haha. be positif? Dari sekolah lagi aku dah dengar. Tapi aku macam tak kisah sangat. Sampai lah aku masuk CFSIIUM, aku kenal dengan sorang kawan aku ni. Kesian dia, bila aku tension stress tertekan aku bagitaw dia. Aku citaa kat dia. Aku nangis pun aku bagitaw dia. Haish. Sorry kawan. and dia selalu cakap,”chill jek, move on, come on laa, positif laa sikit nadia, jangan pk diri sendiri jaa teruk okay?...”. mak pun selalu cakap,”dimana ada kemahuan disitu ada jalan.” Ramai yang bagi aku semangat. Terima kasih sangat. Aku pun selalu buka page Positive Outlook kat FB. Baca quotes yang ada buatkan aku ter fikir macam macam. Aku semakin positif. And statement kawan aku yang paling aku ingat n takmungkin aku lupa. Aku cakap aku give up. Katanya,”give up give up, go on laa dengan give up hang.”.fuhh. menusuk kalbu oii. Lama aku pk, aku taw dia pun ada masalah yang lebih besar pada masalah aku. Apapun.aku berterima kasih. Kata kata tuu buat aku janji dengan diri aku,
I won’t give up ever again.be positive.” Tuu lah kemuncak nasihat dia kat aku. Dah takdak lagi T_T.

cuba tengok video ni, 

pinjam dari YouTube jaa.sedikit boring sebab background music jaa tapi berkesan.

Apa lagi yang buat aku pk untuk buat ANJAKAN PARADIGMA ni?

-drama Korea yang aku tengok dah berjaya push semangat aku.”MASTER OF STUDY” sangat sesuai untuk golongan yang low self esteem macam aku.haha.ada satu part dimana sorang student ni sangat kecewa sebab antara semua kawan kawan dia, dia paling banyak struggle tapi result dia tetap fail. Perasaan dia tuu aku penah rasa. Sedih. Dia give up n malu. Dia persoalkan,”kenapa dia still fail sedangkan dia dah put a lot of efforts?”. Dia give up tamaw study.
cikgu dia pun kata,”nak taw kenapa macam tuu? Sebab dia takpenah yakin dengan kebolehan diri dia. Dia takut dengan bayang bayang sendiri. Kenapa nak give sedangkan peluang dah ada depan mata. Kita Cuma perlu terus usaha nak dapatkan. Lalui semua halangan tuu dengan sabar. Kemenangan sedang menanti.”
 Menangis nangis aku. Ayat tuu aku ubah ubah sikit. 

DENGAN ITU BERMULALAH ANJAKAN AKU.

I am now...


Kbye!

No comments:

Post a Comment

don't forget to smile, guys!

Ibnu Taimiyah berkata :
"Jika masalah yang saya hadapi menemui jalan kebuntuan,
maka saya akan beristighfar kepada Allah lebih kurang 1000 kali, nescaya Allah akan membukakan jalan keluar".
Beliau berkata lagi dengan ucapan la hauwla wala quwwata illa billah :
"Semua beban boleh ditanggung, segala kerisauan boleh diatasi dan kehidupan menjadi lebih mulia."
Senyum dalam kedukaan, tanda insan punya keimanan.
Yakin semua yang terjadi adalah ketentuan-NYA :)