Followers

Friday 26 June 2015

3: Hak airmata

As salam.

Kau senyum,
tapi sayu.
Lantas kau pun ketawa,
mahu tutup sayu mu mungkin,
tapi tawa mu dengarnya sakit.

Dalam senyum,
tersimpan airmata.
Dalam tawa,
terperangkap sejuta rasa.

Dan kau cuba untuk bicara,
namun yang terdengar hanya suara airmata yang lamanya tersimpan kerana haknya dinafikan.

Menangislah, jika itu pinta hatimu.

Sekarang kau tahu kan,
hidup ini tak selalunya indah.
Maafkan dia yang mungkin lupa,
kau juga punya hati,
yang perlu dijaga.

by nnadiabakri

Kbye!

No comments:

Post a Comment

don't forget to smile, guys!

Ibnu Taimiyah berkata :
"Jika masalah yang saya hadapi menemui jalan kebuntuan,
maka saya akan beristighfar kepada Allah lebih kurang 1000 kali, nescaya Allah akan membukakan jalan keluar".
Beliau berkata lagi dengan ucapan la hauwla wala quwwata illa billah :
"Semua beban boleh ditanggung, segala kerisauan boleh diatasi dan kehidupan menjadi lebih mulia."
Senyum dalam kedukaan, tanda insan punya keimanan.
Yakin semua yang terjadi adalah ketentuan-NYA :)