Followers

Sunday 9 June 2013

I'M IN LOVE AND WILL ALWAYS BE *_*

As salam.

memandangkan aku kekurangan idea sejak bercuti ni. haha. rasa terpanggil pulak nak buat entri ni.

Bismillahhirrahmanirrahim...

Nurul Nadia binti Mohamad Bakri
18 November 1992
taklama lagi dah 21 tahun. saja nak cakap i'm still 20. haha
3 orang adik beradik. all girls. saya yang kedua.
seorang yang degil, manja dan banyak cakap merepek merapu semua. Walaupun macam tuu, aku sayangkan keluarga lebih dari segalanya :)

I'm Kedahan and i'm proud to be one. 
I'm a kampung girl. takdak apa yang nak dimalukan okay. hehe
SK Langgar, SMK Hutan Kampung, CFSIIUM, UIAM Gombak until now.
Bachelor of Biochemical- Biotechnology Engineering. Syukur.

aku pun dalam dilemma sebenaqnya ni,

soalan :

Adakah bila umur seorang perempuan memasuki angka 20-an, calon suami perlu ada? Kalau takdak, muka orang berubah pelik.  okay.  aku takpaham.

situasi ni jadi kat aku, before ni dah penah jadi, and the latest, TADI PAGI. haha. ni macam lain sikit.

Kawan Mak  : Nadia, takdak sapa sapa lagi kaa? kaa ada dah?
Me               : Takdak lagi aihh. **senyum. dalam otak. macam macam persoalan.
Mak             : Takdak lagi. Makcik Zaharah laa tolong cari. haha **gulp. mak. biaq betoi. i know. Mak     main main jaa.
Kawan Mak : Nanti lah makcik tengok mana yang rasa sesuai. **ahhh sudahh. gelak.

Makcik tuu macam serious jaa. Aduyaiii. okay dah. teruskan bercerita. tadi tuu iklan. haha.

Aku ada seorang anak sedara perempuan yang berumur 3 tahun, 2 orang adik sepupu perempuan yang berumur 5 tahun dan 10 tahun, mereka ini yang sangat disayangi dan dicintai sepenuh hati usus jantung semua. I love kids. too much. kerana sayang, aku masih lagi main 'nenek nenek si bongkok tiga', 'sik sik bum bum', ' enjet enjet semut'  dan segala permainan budak budak yang lain. aku rasa biasa. tapi orang pandang sebagai tidak matang. sigh. aku suka kanak kanak sebab mereka semua pure. takpandai nak menipu. bertanya bila taktahu. tak hipokrit. bukan jugak bodoh sombong. that's why, aku menyayangi mereka yang begitu. haha. kepulangan insan yang bernama Nadia ni sentiasa dinanti 3 orang kanak kanak ini. kenapa? aku suka melayan bermain bersama. Berlakon dengan mereka. ni salah satu. cara aku mencari bahagia. ketenangan. Kalau boleh semua budak nak dipeluk cium diagah tapi bukan didera. Aku sensitif. Airmata berderai bilamana melihat anak anak kecil didera dibuang merata. Hati menangis bilamana melihat si kecil sakit dan takmampu berkata apa. Sayu hati melihat ada antara mereka beraya tanpa ibu bapa. Cuma doa yang mampu dititipkan. Semoga kebahagiaan milik mereka. Amin Ya Rabb.

see. dah bertukaq jadi cerita emo pulak. bukan niat aku. maaf :)

kbye!


 

Saturday 8 June 2013

KEBAHAGIAAN SEBENAR! ;)

As salam.

i'm home. i'm home. i'm home.
bau sawah padi yang menenangkan. suasana yang hijau menyejukkan mata. disisi mak abah menggembirakan. dengan keluarga rasa bahagia :)
syukur Ya Allah atas nikmat ini. manisnyaaaa :)
Alhamdulillah :)

kbye!

Thursday 6 June 2013

nak balik rumah. NOW. i mean right nowww.

As salam.

Last paper tomorrow. MICROBIOLOGY. sigh. kalau nak demam pun, balik demam kat rumah esok. jangan sekarang. sekarang nak study, nak exam. FIGHTING!
Genetics, DNA recombinant. food technology. enviromental. many more. why whyyyy?
too much to remember. too much to digest. too much. i wanna cry. that's all. Nadia, have faith! ALLAH knows what you know not. belajarlah. ilmu ALLAH nak bagi. jangan tolak. rugi.
"usaha tanpa tawakal itu sombong, tawakal tanpa usaha itu sia sia"

kbye!

Sunday 2 June 2013

Kalau tak setuju, jangan marah. Ce citer apa yang awak fikir ?

As salam.

A few days ago, 3G dengan mak. Mak dekat hospital lagi.

me     : mak tengokk mata kakde hitam, muka jerawat. macam mana nak kawen niii??
kakak : hang nak habaq kata hang study laa. haha
me     : tengok lah mata aku ni. nak kawen macam mana ni?* suara makin kuattt
mak   : haihh orang ramai kat sini. cakap pelan sikit.**muka mak senyum.
me     : opps* tangan di bibir. over.haha

the thing is, i love to see my mak senyum. that's why i always did merapu things bila dengan mak, dengan family. haha. i don't even care when people said, ' awat laaa perangai takmatang sangat. baik bella matang lagii'. haha. so what? i am being me. my family accept me the way i am. in fact, fariha is 25, bella is 19 n i'm 21. apa lah beza sangat. takpaa. kami happy. kakak behave macam sorang kakak n mama. aku behave macam aku ni adik, and bella yang selalu macam kakak kakak dengan aku. aku cuba untuk jadi kakak sebenaqnya. haha. bila balik rumah, dua dua orang berebut nak bercerita itu ini, okay selalu dia menang. aku? end up berlakon depan cermin. they laughed. but, itulah kegembiraan sebenar. enjoy the moment. nampak kesian, baru dengar cerita aku. mak akan dengar apa jaa yang kami nak cerita.haha. haihhh rindu. nak balik. bila rindu, doa aku titipkan. semoga mak sihat kembali. Amin.

Dengan abah pulak kisahnya,

harituu balik cuti midterm seminggu. seperti biasa, kalaw bella takdak, i'll sleep with my parent. biasa. 
Around 12am macam tuu rasanya, mak dah tidoq, aku on9 n abah baru masuk nak tidoq. masa abah tengah ready nak tidoq, he asked me,

Abah  : Kakde dah ada boyfriend kaa?
Me     : awat abah tanya macam tuu? ( i was like 'hahahahhaa')
Abah  : saja laa abah tanya. kalaw ada habaq laa.haha
Me     : takdak. Kakde nak bercinta lepas kahwin. (blushing)
Abah  : ...
Me      : awat abah diam? malu lettiuwww. haha. 

haha. abah memang suka tanya something yang aku tak expect. haishhh. 

Dear abah,
Jujurnya Kakde taktipu. I really have no boyfriend.  Lagipun, kalau boleh nak habiskan study dulu, nak jaga bahagiakan mak abah dulu. Tapi kalaw jodoh dah sampai... haha. Mak pun selalu cakap, " tension study pun hari hari telefon qeyau(menangis) cakap kat mak, ni nak kawen pulak." haha. Lagipun, buat apa nak bercinta bagai nak rak, sedangkan kita tahu Allah taksuka benda tuu. Kakde selalu minta, Allah tolong jaga hati ni. Jaga hati dia(entak sapa). Yang kita nak kejar adalah keberkatan dari ALLAH. InsyaALLAH yang halal itu lebih barakah nya. Amin.

i'm not saying orang yang bercinta tuu hidup dalam dosa. Hati tak terjaga. Hidup tak berkat langsung. NO. Kita pilih jalan hidup kita sendiri. We are perfectly imperfect. Awak tahu apa yang terbaik untuk awak. Awak tahu awak berada di landasan yang mana. Cumanya, jangan lah bercinta sampai lupa halal haram, sayang. Matlamat tak menghalalkan cara. Yang haram tetap haram. Fikirlah apa yang baik untuk kita. Aku bukan nak tunjuk alim. Banyak lagi yang nak kena belajar. slow slow aku cuba belajar. cuba faham kenapa couple ni haram. bukan sebab aku dok UIA, aku bajet nak cakap benda benda ni semua. pemikiran kita might be different, yes, i know. awak dengan pendapat awak, saya dengan cara saya. nak cakap lebih lebih pun takberani, takut nanti jadi dekat diri sendiri. Nauzzubillah. mintak simpang. kita taktahu masa depan macam mana. Lagipun, dah banyak yang tunjuk orang yang bercinta selepas kahwin pun mampu bahagia sampai akhirnya. 

aku sendiri pun banyak jugak yang aku crush crush ni. terminat kat orang tuu lah, orang ni lah. aku pernah terbaca,

" kalau kita sukakan sayangkan seseorang, jangan bagitahu dia, nanti perasaan itu berkurang, tapi luahkan dekat ALLAH, InsyaALLAH rasa suka dan sayang itu akan makin bercambah."

so, sama sama kita jaga hati kita. Jangan sedih bila kita belum jumpa jodoh kita, jangan sedih bila tengok orang ada boyfriend, kita takdak, ALLAH dah tulis yang terbaik untuk kita. Ada hikmah kenapa jalan hidup kita berbeza. Yang penting, teruskan berdoa. Hidup dalam keberkatan tu manis InsyaALLAH. 

Haa tengok, dah kenapa Nadia cakap pasal cinta kahwin bagai ni. geli sebenarnya. tetiba nak bajet ustazah pulak kan. haha. maaf lah. ni pendapat saya. anda mungkin setuju. anda mungkin tak setuju. sapa setuju angkat tangan! haa over. maaf lagi. haha. 

kbye!

JANGAN DILAYAN HATI ITU =_=

As salam.

Nadia, jangan dilayan hati yang terasa tuu. Biarlah. Ada sebab. Husnuzon.

Sahabat.
walau serapat manapun, bukan bermakna dia hanya bersahabat dengan kita. Dia ada hidup sendiri untuk dia corakkan. Jangan berharap lebih dari yang sepatutnya. Hati sendiri yang akan sakit. Yang akan menangis. Bukan dilupakan. Cuma  bertukar angin sekejap. Biarlah. Seperti yang dijanjikan, kita akan cipta kenangan yang manis manis sahaja kat UIA  ni. so, Nadia. Perkara macam ni, jangan nak ambil hati.

kbye!

p/s : blog ni memang cerita kisah hidup si Nadia ni. cerita tak menarik mana. saja nak over. kalaw rasa annoying, maaf. tiada paksaan. terima kasih. nampak dakk emo tuu nampak dakk??haha

don't forget to smile, guys!

Ibnu Taimiyah berkata :
"Jika masalah yang saya hadapi menemui jalan kebuntuan,
maka saya akan beristighfar kepada Allah lebih kurang 1000 kali, nescaya Allah akan membukakan jalan keluar".
Beliau berkata lagi dengan ucapan la hauwla wala quwwata illa billah :
"Semua beban boleh ditanggung, segala kerisauan boleh diatasi dan kehidupan menjadi lebih mulia."
Senyum dalam kedukaan, tanda insan punya keimanan.
Yakin semua yang terjadi adalah ketentuan-NYA :)