Followers

Sunday 9 June 2013

I'M IN LOVE AND WILL ALWAYS BE *_*

As salam.

memandangkan aku kekurangan idea sejak bercuti ni. haha. rasa terpanggil pulak nak buat entri ni.

Bismillahhirrahmanirrahim...

Nurul Nadia binti Mohamad Bakri
18 November 1992
taklama lagi dah 21 tahun. saja nak cakap i'm still 20. haha
3 orang adik beradik. all girls. saya yang kedua.
seorang yang degil, manja dan banyak cakap merepek merapu semua. Walaupun macam tuu, aku sayangkan keluarga lebih dari segalanya :)

I'm Kedahan and i'm proud to be one. 
I'm a kampung girl. takdak apa yang nak dimalukan okay. hehe
SK Langgar, SMK Hutan Kampung, CFSIIUM, UIAM Gombak until now.
Bachelor of Biochemical- Biotechnology Engineering. Syukur.

aku pun dalam dilemma sebenaqnya ni,

soalan :

Adakah bila umur seorang perempuan memasuki angka 20-an, calon suami perlu ada? Kalau takdak, muka orang berubah pelik.  okay.  aku takpaham.

situasi ni jadi kat aku, before ni dah penah jadi, and the latest, TADI PAGI. haha. ni macam lain sikit.

Kawan Mak  : Nadia, takdak sapa sapa lagi kaa? kaa ada dah?
Me               : Takdak lagi aihh. **senyum. dalam otak. macam macam persoalan.
Mak             : Takdak lagi. Makcik Zaharah laa tolong cari. haha **gulp. mak. biaq betoi. i know. Mak     main main jaa.
Kawan Mak : Nanti lah makcik tengok mana yang rasa sesuai. **ahhh sudahh. gelak.

Makcik tuu macam serious jaa. Aduyaiii. okay dah. teruskan bercerita. tadi tuu iklan. haha.

Aku ada seorang anak sedara perempuan yang berumur 3 tahun, 2 orang adik sepupu perempuan yang berumur 5 tahun dan 10 tahun, mereka ini yang sangat disayangi dan dicintai sepenuh hati usus jantung semua. I love kids. too much. kerana sayang, aku masih lagi main 'nenek nenek si bongkok tiga', 'sik sik bum bum', ' enjet enjet semut'  dan segala permainan budak budak yang lain. aku rasa biasa. tapi orang pandang sebagai tidak matang. sigh. aku suka kanak kanak sebab mereka semua pure. takpandai nak menipu. bertanya bila taktahu. tak hipokrit. bukan jugak bodoh sombong. that's why, aku menyayangi mereka yang begitu. haha. kepulangan insan yang bernama Nadia ni sentiasa dinanti 3 orang kanak kanak ini. kenapa? aku suka melayan bermain bersama. Berlakon dengan mereka. ni salah satu. cara aku mencari bahagia. ketenangan. Kalau boleh semua budak nak dipeluk cium diagah tapi bukan didera. Aku sensitif. Airmata berderai bilamana melihat anak anak kecil didera dibuang merata. Hati menangis bilamana melihat si kecil sakit dan takmampu berkata apa. Sayu hati melihat ada antara mereka beraya tanpa ibu bapa. Cuma doa yang mampu dititipkan. Semoga kebahagiaan milik mereka. Amin Ya Rabb.

see. dah bertukaq jadi cerita emo pulak. bukan niat aku. maaf :)

kbye!


 

No comments:

Post a Comment

don't forget to smile, guys!

Ibnu Taimiyah berkata :
"Jika masalah yang saya hadapi menemui jalan kebuntuan,
maka saya akan beristighfar kepada Allah lebih kurang 1000 kali, nescaya Allah akan membukakan jalan keluar".
Beliau berkata lagi dengan ucapan la hauwla wala quwwata illa billah :
"Semua beban boleh ditanggung, segala kerisauan boleh diatasi dan kehidupan menjadi lebih mulia."
Senyum dalam kedukaan, tanda insan punya keimanan.
Yakin semua yang terjadi adalah ketentuan-NYA :)