Followers

Friday, 12 December 2014

Semua nak kahwin!

As salam,

Semalam whatsapp-ing dengan adik Bella. Yaa yaa. Hari hari whatsapp sebenarnya, tapi semalam lain sikit. Haha.

Katanya dia plan nak kahwin in two years time. Bella kata, 'senang buat majlis 3 orang sekaligus'. Whoaaa!

Termasuk aku.

So I said,
'Kalau macam tuu, pakat tak kawen laa hampa dua. Haha'

Dan bella kata,

'Hang kena ada plan, baru bersemangat.'

And so,

---I changed the topic.

'Bella, B dah daftar tadika kaa? Bila first day sekolah?'

Kbye!

Thursday, 13 November 2014

Is this love?

As salam.

After two years, now that i opened my heart, again. Ouchh I think I'm in love with that someone.

Allah, pegang hati aku. Semoga tak tercela.

Punyalah berbulan tak update, sekali update dah in love. Gebang Nadia gebang. I will turn 22 very soon. Haha. Novemberian.

Okaybye!

Friday, 27 June 2014

JODOH. Sama ada cepat atau lambat.

As salam.
remember i have 3 siblings? all girls. i am the second. kakak dah ada anak dah pun. AND NOW...!

adik bella dah nak bertunang. bulan 8 nanti. berkemungkinan besar nikah terus. tapi part nikah masih dalam perancangan. takut tak sempat nak buat preparationssssssssss. i am soooooo happy, ya know? yalah, i'm the kakak kot and for sure lah will be the most busiest(eh?) person. adik aku nak bertunang nak kawen takkan aku nak buat lek lek jaa. of course lah aku paling over. aku sibuk nak buat tuu nak buat ni. mini dais untuk bertunang pun aku nak pilih, baju warna apa aku yang suggest sampai adik aku cakap, "sapa nak bertunang ni?". cupcakes doorgift button badges semua aku nak buat and photobooth and guestbook sekali jugak. keja gedik gedik ni semua bagi aku buat, yang skema skema bagi kakak, mak n abah buat. hahaha. happy me. haaa lagi satu, KAD KAHWIN pun task aku. i loikee i loikeeee.  

she's 20. 2 years younger than me. yeah, i'm 22 and i'm single (perlu kaa nak kecoh?!) haha. i wonder jugak at first bila mak abah bagi permission kat Bella tapi aku takboleh lagi. haha come to think about it, i realized. mak dah selalu cakap dah before ni aku jaa yang tak paham paham lagi. sekarang baru MENGERTI. Bella is a way more matang dari aku. semua orang pun cakap and deep in my heart, aku admit benda ni. kononnya nak berlagak kakak kakak, tapi end up aku macam adik perangainya. contoh paling simple, bab lintas jalan.  orang lain cool jaa lintas jalan, aku? kalaw suruh aku lintas kat jalan yang sesak, sampai esok pun belum tentu lepas. in fact, kalau nak lintas, orang akan tarik aku sekali. kecuali jalan yang aku dah biasa contoh macam dari mahallah nak lintas ke KOE. aku dah pandai dah. awal awal dulu, kawan kawan pegang tangan. sekarang dah master jalan tuu. but ada haritu, maybe aku nampak macam hesitate sangat nak lintas banyak kereta, tetiba ada orang grab aku lintas dengan selamat and i was like 'why'. haha. lepastu sister tuu tanya, "takut nak lintas eh?" and i senyum jaa. that's so simple and mengada kan. ahhhh nak buat macam mana. lagi apa yang buat aku nampak tak bersedia untuk melangkah ke satu lagi fasa kehidupan ialah, aku sampai sekarang tidoq dengan mak abah. takut dan selesa. ni antara sebab mak abah takboleh nak lepas aku bagi kawen lagi. banyak lagi actually. aku banyak rely on my family. decision tak berani nak buat sendiri. kalau tension study, telefon mak abah 'qeyau'. sikit sikit qeyau. sikit sikit 'mak'. sikit sikit 'abah'. perangai macam budak budak mak kata. umur 22 tapi main 'nenek si bongkok tiga' dengan budak budak kecik. lawan lari dalam rumah. layan cerita korea lepastu excited cakap 'aaa hensemnya' lepastu tunjuk kat mak tanya hensem kaa dak. umur 22 tapi sampai sekarang abah korek kan telinga. oh mannn. bila dah type semua ni baru perasan perangai aku macam...! kakak and Bella takbuat macam ni pun aku perasan.

memang patutlah mak abah takbagi aku kawen lagi. Parent lagi tahu perangai anak dia. sobsss. alaa aku tak kisah pun tak kahwin lagi in fact aku sendiri pun tahu aku tak layak lagi nak kawen haa dan aku tahu bella dah layak kawen. selagi aku takboleh manage diri aku properly, selagi tu aku rasa aku masih tak ready. aku dalam fasa nak ubah diri jadi lebih baik dan matang. pelan pelan laa. sifat ni akan kekal mungkin. haha.

aku excited ni adik nak tunang lepastu kawen cuma sebak sikit nak lepas adik yang sorang tuu. biasalah perasaan kakak kakak ni. haha.sekarang tengah fikir mana nak tempah cupcake, doorgift and button badge yang murah murah. sesapa yang tahu kat mana nak order benda ni semua kat area kedah, you may leave your comment here. it will surely help me. Thankyou. kbye.

nak tanya : 

betul kaa orang cakap kalau masa belajar kat U still tak ada calon, nanti jodoh lambat, andartu laa jawabnya? betoi kaa? i don't believe it though, ALLAH kan ada. Allah dah tentukan jodoh kita. semua kat tangan ALLAH. don't worry.

Sunday, 9 March 2014

Dear bloggers, i'm sorry!

As salam.

Sihat?
Semoga sihat hendaknya. InsyaAllah amin.

Rindu. Ya. Rindu. First and foremost, saya nak mintak maaf. Kenapa? Kepada yang membaca blog ini, maaf andai ada post saya yang dirasakan kurang sopan dan berunsur riak. I'm truly deeply sorry. Yalah, kita tataw kan apa yang orang rasa dan pikir bila baca entry kita. Mungkin kita langsung takdak niat nak riak ataupun bangga diri, tapi orang pikir begitu. Maaf jika ada entry saya yang begitu. Saya seriously cuba untuk jadi friendly in every entry I wrote. Because I love to share. I simply love it. Kalaw takdak yang pikir saya ni riak, syukur Alhamdulillah. Kalaw ada, maaf. I don't know why, harini terfikir nak tulis benda ni. Maaf kekhilafan saya yang masih mencari masih belajar untuk ubah diri jadi lebih baik dari harini.

Kbye!

Monday, 17 February 2014

Cabaran yang mencabar!

As salam.

It had been two weeks since the new semester started Alhamdulillah.
May Allah ease our journey towards excellence in dunya wal akhirah.

So, I'm a third year student.

Heat and mass transfer susah.
Biotechnology lab 3 start pukul 2 sampai 7.30 malam. Terbaik.
Kelas genetic engineering kena.buat presentation.
Lain lain subjects masih under control.
sem ni jadi exco outreach. Busy dengan engitex Generic. External affairs lagi. Katanya tenure kali ni nak pi Istanbul. Doakan aku dapat izin nak pi istanbul. Amin. Hoihhh tempat idaman aku. Omomomoooo.

okay. Nak sambung study. Nak siapkan assignment. nak study untuk kuiz selasa 18 feb 2014 ni.

Kbye!

Friday, 31 January 2014

Salam Jumaat:)

As salam.
Waaa bila last entry? Last year?  Amboii kemain lama cuti. Haha.
Ya ya I was busy with exams dan yang sewaktu dengannya.

And nowww dalam mood bercuti gituuu. Haha. Esok dah nak balik uia tapi mood bercuti ni masih tinggi menggunung. How laaa?

Kononnya cuti sebulan ni nak zumba hari hari. Tapi niat tuu terkubur macamtuu jaa. Dah nama kat rumah, ingat aku ni berdisiplin sangat? Hahaaa.

Takbalik uia pun lagi, tapi dah rasa rindu dengan rumah. Haihhh. Biasa lah tuu. Dugaan untuk perindu macam I ni :)

'kawan dan keluarga juga kekuatan kita, tapi jika disuruh pilih antara keluarga dan kawan, pilihlah keluarga sebab sedih kita, suka kita, sakit kita, keluarga takkan tinggal kita sendiri. Bukan bermakna semua kawan begitu, tapi ada yang begitu. Ada bila senang, hilang bila susah. Ada juga sahabat yang sentiasa ada. Samada susah atau senang, sentiasa ada. Aku bersyukur dikurniakan sahabat sahabat yang hebat seperti ini. Berkeluargalah dengan mereka. Takrugi berkasih sayang macam keluarga.

Dan jika disuruh pilih sesuatu, pilihlah sesuatu yang mendekatkan kita dengan yang satu. Dengan ALLAH. Pencipta kita.'

Whatever I do, always keep that in mind. InsyaAllah. Semoga tak lupa.

Kbye!

don't forget to smile, guys!

Ibnu Taimiyah berkata :
"Jika masalah yang saya hadapi menemui jalan kebuntuan,
maka saya akan beristighfar kepada Allah lebih kurang 1000 kali, nescaya Allah akan membukakan jalan keluar".
Beliau berkata lagi dengan ucapan la hauwla wala quwwata illa billah :
"Semua beban boleh ditanggung, segala kerisauan boleh diatasi dan kehidupan menjadi lebih mulia."
Senyum dalam kedukaan, tanda insan punya keimanan.
Yakin semua yang terjadi adalah ketentuan-NYA :)