Followers

Friday, 26 June 2015

3: Hak airmata

As salam.

Kau senyum,
tapi sayu.
Lantas kau pun ketawa,
mahu tutup sayu mu mungkin,
tapi tawa mu dengarnya sakit.

Dalam senyum,
tersimpan airmata.
Dalam tawa,
terperangkap sejuta rasa.

Dan kau cuba untuk bicara,
namun yang terdengar hanya suara airmata yang lamanya tersimpan kerana haknya dinafikan.

Menangislah, jika itu pinta hatimu.

Sekarang kau tahu kan,
hidup ini tak selalunya indah.
Maafkan dia yang mungkin lupa,
kau juga punya hati,
yang perlu dijaga.

by nnadiabakri

Kbye!

Saturday, 20 June 2015

Hmmm entah

As salam.

Hmm entah. Mungkin aku yang terlebih fikir, terlebih emo. Mungkin.

Well yeah. We cannot expect for someone to stay with us through our ups and downs kan. Entah. Just don't expect too much or else your heart will sink. Alone. Haha.

Hang bukannya bakal soulmate, soulmate dia or the other half or whatever you called it. Haha.

Mungkin sebab tuu jugak aku decided not to share everything ever again. Banyak yang aku pilih untuk rahsiakan. Aku pilih untuk kata semuanya 'okay' when it's actually a real mess omg omg. Haha.

A friend in need is a friend indeed.

Haha. Entah.

Sampai satu tahap, aku setuju dengan apa yang thefaizibrahim kata,

"Apabila dia sunyi, kurang senang dengan ragam dunia, kau sentiasa dicarinya.
Tapi apabila dia sedang gembira dengan habuan dunia, dia terlupa kau."

Haha dan mungkin jugak aku ni sebenarnya overlyattachedfriend.

Aigoo.

Not gonna be so attached anymore.

Kbye!

Wednesday, 17 June 2015

2: MENCARI

As salam.

Puisi kedua ni aku tulis 14 Jun 2015.
Semuanya sebab I was too boring and too depressing. So I was thinking apa yang boleh buat aku tenang? Yes wudhu', solat, zikir and etc. Tapi ada one thing yang aku rasa tenang bila aku pandang. LANGIT. AllahuAkbar. Tenang. Ya aku suka pandang langit. Aku rasa hebatnya Allah dengan ciptaan-NYA. Agungnya DIA.

By nnadiabakri

Kupandang ke atas
Terlihat aku kebesaran-MU
Ku pandang lagi dan lagi
Sungguh tenangnya aku
Aku tahu KAU ada
Aku rasa wujud-MU
Rasa ini KAU hadirkan
Tenang ini, KAU anugerahkan
Alam ini, KAU ciptakan
Terpaku aku akan kebesaran-MU
Sungguh aku takpuas
Masih ada yang belum aku jejaki
Masih banyak yang belum aku syukuri
Dan aku masih lagi mencari
Sempatkan aku, Ya Tuhan
Sempatkan aku...

Nukilan ini biasa biasa saja. Banyak cacat celanya. Tapi aku tulis ikut rentak hati dan rasa.

Kbye!

Sunday, 14 June 2015

1 : BANGUN

As salam.

Macam yang aku bagitahu in previous entry, aku akan post puisi aku kat sini.

Puisi yang pertama ni sebenarnya dah selamat jadi lagu. Aku tulis ni waktu aku teringatkan B, my only beloved niece. Macam pesanan, nasihat. Kadang bila aku down, aku nyanyikan lagu ni.

Tak komersial kan punnnnn. Haha

BANGUN
Lirik by NNADIABAKRI
Improvisasi by TiTi BAND

Lari laju laju
Ikutlah mahumu
Andai kau terjatuh
Genggam kudrat yang bersisa

Teruskan langkah kakimu
Jangan putus asa
Hidup akan diuji
Ikut mampunya kita

Hidup ini, sayang
Tak selalunya indah
Andainya kau lelah
Sedut hela nafasmu

Menangislah, merintihlah.

Lari laju laju
Ikutlah mahumu
Andai kau terjatuh
Genggam kudrat, yang bersisa.

--

Kbye!

Pembaharuan wuuuuu

As salam.

Ya aku dah putuskan untuk buat pembaharuan kat blog ni.

Pembaharuan apa?

Ya. Aku akan publish kat sini puisi puisi yang lahir dari hati aku. Yang aku tulis bila hati sedih, yang aku tulis bila aku teringat, terfikir terkadang. Mungkin lebih sesuai dipanggil luahan hati. Luahan hati yang aku susun dalam bahasa mudah bagi aku.

Yang bila aku baca, aku rasa.

Ya, I've been trained to be an engineer. Tapi hey, hati dan jiwa aku sastera. Eh suka hati lah. Haha.

Kalau sudi dan berkehendak untuk baca, silakanlah.

Siapa tahu, rasa hati kita--sama.
Kan?

Kbye!

don't forget to smile, guys!

Ibnu Taimiyah berkata :
"Jika masalah yang saya hadapi menemui jalan kebuntuan,
maka saya akan beristighfar kepada Allah lebih kurang 1000 kali, nescaya Allah akan membukakan jalan keluar".
Beliau berkata lagi dengan ucapan la hauwla wala quwwata illa billah :
"Semua beban boleh ditanggung, segala kerisauan boleh diatasi dan kehidupan menjadi lebih mulia."
Senyum dalam kedukaan, tanda insan punya keimanan.
Yakin semua yang terjadi adalah ketentuan-NYA :)