Followers

Sunday, 17 November 2013

It will definitely ruin your day!

As salam.

Haa curious tak curious tak??Apa yang will definitely ruin your day tuu?

Actually, this post is written speacially for girlssss and womanssss. Kikiki. Yaa lah, we womans jaa yang pakai tudung yaa dak?
So girlsss, have you ever experienced 'the bad tudung day'? Pernah kan? Kannn? Takkan takpenah? Haaa tipuuu lettiuw.hahaaaa.
kalau lelaki, bad hair day maybe? soo buat macam mana? Pi bagi botak. Pi pakai kopiah.
Okay. Back to the topic.

as for me, bila pakai tudung, tudung mesti kena terbentuk elok. Tapi selalunya tak. Bila angin bertiup ditambah pulak hectic life kat sini yang kena berjalan berkejar sana sini, tudung yang kemas pun dah jadi buruk bebenor haa. so I was thinking,deeply. Macam mana nak pakai tudung tapi bila kena angin ke apa kaa masih terletak elok. Sem ni, dah jumpa macammana nak pakai tudung bidang biasa bagi bentuk macam shawl. Trend sekarang ni. Haha. Seriously senang nak pakai dan cepat jaa dah siap. So aku memang akan stick dengan gaya ni jaa. Aku boleh make it labuh dan sopan. SeleSa. Sukaaa. Haaaa. Dahhh mana aku nak letak aku punya shawl yang berlambak tuu? Fikir.

Ceritanya macam ni.
sekali tuu pi kelas saja nak tukaq gaya tudung pakai macam biasa. Macam selalu but guess what? I lost my skill. Serious. It took me 15 minutes to wear it. padahal kalaw aku pakai macam gaya shawl tuu, taksampai seminit pun dah siap. Masa tuu rasa menyesal takpayah cakap. Lambat dah nak pi kelas. Redha dengan keadaan tudung. Jalan laju laju pi kelas. sampai kelas peluh peluh. Tudung dah macam apaaaaaaa jaa. Kelas aku pagi tuu, takdapat fokus. Rasa takselesa takbest semua ada. Jalan pun tak confident. Sigh. Takpenah rasa setidak confident ituuu. Setidak fokus ituuu. And yeahhh it definitely ruined my dayy! Great.

So moralnya, pakai apa yang buat kita selesa. Bangun awal bersiap. Jangan tidoq lepas subuh.

Kbye!

Saturday, 2 November 2013

RINDU.

As salam.

Ya Allah rindunyaaaa nak update blog. Nak blog walking nakkk semuaa lahhh. Nakkk. Tapi nak update pasai apa? No idea. Nak type lelama pun lagiiii takcukup masa. Ada komitmen lain yang lebih perlukan aku saat ini. Yaa tanggungjawab seorang student. Ya. Allah. Bagi Aku kekuatan kesihatan disiplin untuk semua ini Ya Allah. Bagi aku peluang untuk tamatkan apa yang aku mulakan. Ameen.

Kbye!

Tuesday, 24 September 2013

The quizZES

As salam

Hmm walaupun sem  baru lg start, tapi quiz dah berlambak. Haiii lah takboleh relax aihh. HAHA. Takpaa. Baru namanya student. Takbest lahh kalaw relax sangat yaa dak? Nak berjaya, kena lah susah dulu, kena ada efforts. Baru lahh rasa manisnya kejayaan. Syukur nikmat Allah bagi. Ada akal gunakan sebaiknyaa. Kita manusia sebaikbaik kejadian. Kita belajar bukan untuk dunia sahaja tapi untuk akhirat jugak. Ilmu adalah sesuatu yang buat kita dekat dengan Allah. Sebaik baik ilmu. Apa yang kita buat semata mata untuk dapatkan Allah 's pleasure. Kalau apa yang kits buat takdapat penghargaan Dari orang, biarkan, abaikan. Apa lagi manis berbanding penghargaan dari Allah ? Kalau orang takboleh terima kita, biaqlahhh. Allah ada. :)

Kbye!

Saturday, 21 September 2013

Sigh

As salam.

Ahhh the conjuring again. Hair lahhh Nadia hidup diselubungi misteri waaaaa

Kbye!

Friday, 20 September 2013

I'm home!

As salam.
Yeah !
I'm home!

Bye!

Sunday, 15 September 2013

INI MENGEJUTKAN!

As salam.

New semester STARTED.

and yeah, jadual aku tak pack sangaat. Perasaan? seronok. gila pelik kalaw rasa sedih sebab kelas relax jaa sem ni. tapi kan, subjek semua killer. risau tapi insyaALLAH mampu. 
berita mengejutkan sem ni, 
Engineering Accreadition Council (EAC) dah ubah policy.
policy ni memang agak buat aku sesak nafas lah.

"no matter how excellent your carry marks is, if you fail final exam, you fail the course"

bayangkan, kalaw dapat carry mark 40, final dapat 25/60. kalaw ikut macam selalu, 40+25=65 kan. which means dah lulus dah subjek tuu, tapi disebabkan final exam dapat 25/60, GAGAL subjek tuu  T_T
sooooooooooo REPEAT!

memang nampak susah, tapi tak mustahil. what we need to do?

"change our learning strategies"

okaylah. masih cuba nak terima realiti ini. hai lahhh Nadia, asyik kompelin jaa haihhh. stop complaining, face the reality and KEEP GOING!!

kbye!

Tuesday, 20 August 2013

Why I write? The way I see it.

As salam.

Why I write? Why I write? Why I write? Why? What’s the reason behind?
I came to think about it recently. I asked myself, ‘ why I write? Why blogging?  Why did I do all ‘this’?’. In fact, I’m still trying to figure out while typing this entry.haha. ohhh donchu worry, it’s not going to be the ‘serious’ entry.haha. see. I’m laughing :D

Okay. Actually, my friend once asked me, “kalau aku ada blog, apa aku nak cerita?”. The moment I heard ‘that’ simple question, I was like “?????”. Ahh I don’t know either. I’m not sure. I don’t know. I was speechless. Yes. I was speechless for a moment and then, laughed.  Yeah I don’t know what to tell her. Seriously. For me, why do I need to think about it when all I need to do is ‘WRITE’. That’s the reason why my blog doesn’t have any particular ‘theme’ or whatever you call it.  What I mean was that, some people love to travel, so they have their ‘TRAVELOG’.  Since I don’t have any theme, I just ‘wrote write writing’ anything I want. It depends on me. My interest at that particular moment.  Haha. That’s why I named it “  **kata Nadia :  “. Well, I want to change it to “Nadia Bakri”. Just wait and see lah kann.  I’m sharing my days. My thoughts.  Eventhough I’m not sure if there’s any person reading my beloved blog. It’s my life diary. Yes. One day, my childrensssss might be curious how was their mother’s life back then. Sooo, guess what? I have this. I mean this blog. For them to read, to experience, to feel, to live and to understand  apa yang I dah lalui. They will understand their mother by heart.!!

Did you realized………….the power of technology?

Facebook, twitter, blog, youtube and etc. They are all technology. We can share anything just by ‘one click’. Semua orang pun tahu kan. So I don’t have to clarify more more moreeeee. Haha. Well, you know, if I’m clarifying something, even if it’s a simple thing, it’s going to take more than one hour. Haha. So I decided, not to clarify further. Haha.
For me, all these technology are very useful. Why? Because I can share, I can give my opinion, my thoughts, my days and my DU’As. hmm du’a? yes. I give you example. Perasan tak kalau dekat facebook, bila ada berita yang menyedihkan, yang menyayat hati, yang buat hati kita ranap patah seribu berjuta trillion macam kes baby sakit jantung kritikal, I mean something that make us cry silently macam cerita keadaan saudara kita dekat Palestin, Syria and Mesir sana, kita akan berdoa kan? Then ramai yang akan komen ‘amin’, ‘semoga semuanya selamat’, ‘ May ALLAH ease everything’ and many moreee. Bagi aku, when I see all those comments yang macam ni, aku rasa happy tersentuh BAHAGIA. Sebab dalam keadaan macam tuu, masih ramai yang mendoakan. Kita bersatu dalam doa. Indah kan? InsyaALLAH doa kita dimakbulkan. Walau bukan sekarang, pasti ada masa yang lebih baik. ALLAH lebih tahu dari kita.  Bila ada yang meninggal dunia, ramai yang akan komen, ‘AL-FATIHAH’.  Kita ramai ramai mendoakan mereka yang pergi walaupun kita tak pernah kenal orang tuu. Kita sedekahkan Al-Fatihah. Dapat pahala. Mudah kan? Bila birthday kawan pulak, kita wish dekat FB, Twitter and etc. kita doakan yang baik baik. Yalah. Tak semua yang berani nak cakap face to face, “saya doakan awak bahagia dunia akhirat”. Ada yang akan rasa segan kan? Mahu tegak bulu roma bila dengar kawan cakap macam tuu. Muka blushing takpayah cakap lah. Haha. So I think that’s  the best way. This is my opinion, yours might be different from mine.

Agak sengal rasanya, bila kita tak hormat seseorang tuu just because dia punya pemikiran taksama dengan kita. Aku rasa aku pernah macam ni. Yes.  It gives no good. At all. People will not respect us. From that, I learnt. If we want to be respected,  we must respect. Semuanya bermula dengan kita. Diri kita sendiri. Kalaw dah kita berkurang ajar, kenapa nak expect orang hormat kita. Yaa dak? Haha.
Sama lah jugak, kalaw nak diri kita dilayan dengan penuh kasih sayang, kita layan dengan kasih sayang dulu. Love and affection penting dalam kehidupan ni. Sapa yang nak hidup dalam keganasan dibenci dihina semua tuu kan? Bayangkan kalau orang cakap dengan kita, dia tengking tengking taktentu pasal, kita mesti panas kan? Macam tuu lah jugak dengan kita. Sebelum kita buat sesuatu, FIKIR. Letak diri kita kat tempat orang tuu. Apa yang orang tuu akan rasa kalau kita buat macam tuu, macam ni. Sejahat jahat mana pun seseorang tuu, percayalah, deep in his/her heart, masih ada walau sekecil zarah pun perasaan kasih dan sayang seorang manusia. Maksud aku kat sini, walaupun kita tengok ada orang yang bertindak diluar jangkaan macam mendera pukul sana sini, aku percaya, jauh disudut hati mereka ni, masih ada rasa kasih dan serba salah yang terpendam. Cuma keadaan dan sikap yang mendorong. Apa kita boleh buat, kita doakan yang baik baik saja. Marah memang marah kan? Geram jangan cakaplah. Kalau ikutkan hati ni, nak jaa rasanya belasah orang yang macam tuu. Tapi kan sabar tuu lagi manis.
Niat hati nak clarify ‘ why I write ‘ jaa. Haha. Last last jadi macam ni haa. But still it gives you an idea kan? Kenapa aku pilih untuk ber blog. If I can put it in short and comprehensive sentences I would say,
“ I write because I love to write, to share my opinion, my thoughts and my days with others and I hope I can make people happy by reading my story. In fact, I feel more comfortable bercerita dekat blog even there’s nobody read it, because I can spill out every thoughts that I have in my mind, yang susah I nak cerita dengan mulut. Mungkin bila I bercerita dengan mulut, my tears would come out as well. That’s soooo not cool okay. Malu. Haha.”

Okay dah. Time to makan. Nasi goreng abah buat. Bela perut. Memanjakan diri.

#prayforEGYPT


Kbye!

Sunday, 11 August 2013

EID MUBARAK!

As salam.

ohh rindunya ohh rindunyaa blog ini. haa dah rindu pasaipa biaq jaa berkurun tak update? see. nampak sangat takrindu mana. haha. no lahh. i rindu CUMA nyaa malas nak ber blog. padahal memanjang jaa update FB Twitter semua. nampak sangat pilih kasih. haha. . fullstop.

yeay! aku cuti sem 3 bulan. ya. 3 bulan. lama. kenapa? aku tak jadi ambik  shortsem sebab masa tuu mak sakit nak operate, kak pun sakit jugak. soooo i decided not to take shortsem tuu. yalah. kalaw aku ambik pun, ingat aku boleh fokus study? sudah tentu tidak. mahunya aku menangis tak berlagu kat UIA tuu dok pikir mak kakak adik abah family semua. ohh no no nooo. atleast aku dapat jaga mak masa operate harituu. nak jadikan cerita abah pulak ada accident sedikit yang membuatkan tangannya kena jahit 13 jarum. and guess whattt? akulah doktor terjun dalam rumah tuu. nak cuci luka mak n abah. kakak takberani. tengok pun dia taksanggup. haha. ada hikmah aku tak ambik shortsem tuu dan aku bahagia kat rumah niiii. Alhamdulillah aku ramai kawan2 yang sentiasa mendoakan family aku. aku bersyukur untuk itu. dannnnn aku boleh berpuasa kat rumaahhhh. haha. kalaw b4 ni puasa kat UIA jaa. soo sedihh. puasa kat rumah. kegembiraan berganda. makan makanan kat rumah dengan penuh berselera. berat berganda. haha.

di sini saya nak susun 10 jari memohon maaf diatas segala kesalahan saya terover atau termengada sama ada sengaja atau tidakk daripada pihak saya dan family saya. make it zero! selamat hari raya aidilfitri. have a blast. 

kbye!

Sunday, 9 June 2013

I'M IN LOVE AND WILL ALWAYS BE *_*

As salam.

memandangkan aku kekurangan idea sejak bercuti ni. haha. rasa terpanggil pulak nak buat entri ni.

Bismillahhirrahmanirrahim...

Nurul Nadia binti Mohamad Bakri
18 November 1992
taklama lagi dah 21 tahun. saja nak cakap i'm still 20. haha
3 orang adik beradik. all girls. saya yang kedua.
seorang yang degil, manja dan banyak cakap merepek merapu semua. Walaupun macam tuu, aku sayangkan keluarga lebih dari segalanya :)

I'm Kedahan and i'm proud to be one. 
I'm a kampung girl. takdak apa yang nak dimalukan okay. hehe
SK Langgar, SMK Hutan Kampung, CFSIIUM, UIAM Gombak until now.
Bachelor of Biochemical- Biotechnology Engineering. Syukur.

aku pun dalam dilemma sebenaqnya ni,

soalan :

Adakah bila umur seorang perempuan memasuki angka 20-an, calon suami perlu ada? Kalau takdak, muka orang berubah pelik.  okay.  aku takpaham.

situasi ni jadi kat aku, before ni dah penah jadi, and the latest, TADI PAGI. haha. ni macam lain sikit.

Kawan Mak  : Nadia, takdak sapa sapa lagi kaa? kaa ada dah?
Me               : Takdak lagi aihh. **senyum. dalam otak. macam macam persoalan.
Mak             : Takdak lagi. Makcik Zaharah laa tolong cari. haha **gulp. mak. biaq betoi. i know. Mak     main main jaa.
Kawan Mak : Nanti lah makcik tengok mana yang rasa sesuai. **ahhh sudahh. gelak.

Makcik tuu macam serious jaa. Aduyaiii. okay dah. teruskan bercerita. tadi tuu iklan. haha.

Aku ada seorang anak sedara perempuan yang berumur 3 tahun, 2 orang adik sepupu perempuan yang berumur 5 tahun dan 10 tahun, mereka ini yang sangat disayangi dan dicintai sepenuh hati usus jantung semua. I love kids. too much. kerana sayang, aku masih lagi main 'nenek nenek si bongkok tiga', 'sik sik bum bum', ' enjet enjet semut'  dan segala permainan budak budak yang lain. aku rasa biasa. tapi orang pandang sebagai tidak matang. sigh. aku suka kanak kanak sebab mereka semua pure. takpandai nak menipu. bertanya bila taktahu. tak hipokrit. bukan jugak bodoh sombong. that's why, aku menyayangi mereka yang begitu. haha. kepulangan insan yang bernama Nadia ni sentiasa dinanti 3 orang kanak kanak ini. kenapa? aku suka melayan bermain bersama. Berlakon dengan mereka. ni salah satu. cara aku mencari bahagia. ketenangan. Kalau boleh semua budak nak dipeluk cium diagah tapi bukan didera. Aku sensitif. Airmata berderai bilamana melihat anak anak kecil didera dibuang merata. Hati menangis bilamana melihat si kecil sakit dan takmampu berkata apa. Sayu hati melihat ada antara mereka beraya tanpa ibu bapa. Cuma doa yang mampu dititipkan. Semoga kebahagiaan milik mereka. Amin Ya Rabb.

see. dah bertukaq jadi cerita emo pulak. bukan niat aku. maaf :)

kbye!


 

Saturday, 8 June 2013

KEBAHAGIAAN SEBENAR! ;)

As salam.

i'm home. i'm home. i'm home.
bau sawah padi yang menenangkan. suasana yang hijau menyejukkan mata. disisi mak abah menggembirakan. dengan keluarga rasa bahagia :)
syukur Ya Allah atas nikmat ini. manisnyaaaa :)
Alhamdulillah :)

kbye!

Thursday, 6 June 2013

nak balik rumah. NOW. i mean right nowww.

As salam.

Last paper tomorrow. MICROBIOLOGY. sigh. kalau nak demam pun, balik demam kat rumah esok. jangan sekarang. sekarang nak study, nak exam. FIGHTING!
Genetics, DNA recombinant. food technology. enviromental. many more. why whyyyy?
too much to remember. too much to digest. too much. i wanna cry. that's all. Nadia, have faith! ALLAH knows what you know not. belajarlah. ilmu ALLAH nak bagi. jangan tolak. rugi.
"usaha tanpa tawakal itu sombong, tawakal tanpa usaha itu sia sia"

kbye!

Sunday, 2 June 2013

Kalau tak setuju, jangan marah. Ce citer apa yang awak fikir ?

As salam.

A few days ago, 3G dengan mak. Mak dekat hospital lagi.

me     : mak tengokk mata kakde hitam, muka jerawat. macam mana nak kawen niii??
kakak : hang nak habaq kata hang study laa. haha
me     : tengok lah mata aku ni. nak kawen macam mana ni?* suara makin kuattt
mak   : haihh orang ramai kat sini. cakap pelan sikit.**muka mak senyum.
me     : opps* tangan di bibir. over.haha

the thing is, i love to see my mak senyum. that's why i always did merapu things bila dengan mak, dengan family. haha. i don't even care when people said, ' awat laaa perangai takmatang sangat. baik bella matang lagii'. haha. so what? i am being me. my family accept me the way i am. in fact, fariha is 25, bella is 19 n i'm 21. apa lah beza sangat. takpaa. kami happy. kakak behave macam sorang kakak n mama. aku behave macam aku ni adik, and bella yang selalu macam kakak kakak dengan aku. aku cuba untuk jadi kakak sebenaqnya. haha. bila balik rumah, dua dua orang berebut nak bercerita itu ini, okay selalu dia menang. aku? end up berlakon depan cermin. they laughed. but, itulah kegembiraan sebenar. enjoy the moment. nampak kesian, baru dengar cerita aku. mak akan dengar apa jaa yang kami nak cerita.haha. haihhh rindu. nak balik. bila rindu, doa aku titipkan. semoga mak sihat kembali. Amin.

Dengan abah pulak kisahnya,

harituu balik cuti midterm seminggu. seperti biasa, kalaw bella takdak, i'll sleep with my parent. biasa. 
Around 12am macam tuu rasanya, mak dah tidoq, aku on9 n abah baru masuk nak tidoq. masa abah tengah ready nak tidoq, he asked me,

Abah  : Kakde dah ada boyfriend kaa?
Me     : awat abah tanya macam tuu? ( i was like 'hahahahhaa')
Abah  : saja laa abah tanya. kalaw ada habaq laa.haha
Me     : takdak. Kakde nak bercinta lepas kahwin. (blushing)
Abah  : ...
Me      : awat abah diam? malu lettiuwww. haha. 

haha. abah memang suka tanya something yang aku tak expect. haishhh. 

Dear abah,
Jujurnya Kakde taktipu. I really have no boyfriend.  Lagipun, kalau boleh nak habiskan study dulu, nak jaga bahagiakan mak abah dulu. Tapi kalaw jodoh dah sampai... haha. Mak pun selalu cakap, " tension study pun hari hari telefon qeyau(menangis) cakap kat mak, ni nak kawen pulak." haha. Lagipun, buat apa nak bercinta bagai nak rak, sedangkan kita tahu Allah taksuka benda tuu. Kakde selalu minta, Allah tolong jaga hati ni. Jaga hati dia(entak sapa). Yang kita nak kejar adalah keberkatan dari ALLAH. InsyaALLAH yang halal itu lebih barakah nya. Amin.

i'm not saying orang yang bercinta tuu hidup dalam dosa. Hati tak terjaga. Hidup tak berkat langsung. NO. Kita pilih jalan hidup kita sendiri. We are perfectly imperfect. Awak tahu apa yang terbaik untuk awak. Awak tahu awak berada di landasan yang mana. Cumanya, jangan lah bercinta sampai lupa halal haram, sayang. Matlamat tak menghalalkan cara. Yang haram tetap haram. Fikirlah apa yang baik untuk kita. Aku bukan nak tunjuk alim. Banyak lagi yang nak kena belajar. slow slow aku cuba belajar. cuba faham kenapa couple ni haram. bukan sebab aku dok UIA, aku bajet nak cakap benda benda ni semua. pemikiran kita might be different, yes, i know. awak dengan pendapat awak, saya dengan cara saya. nak cakap lebih lebih pun takberani, takut nanti jadi dekat diri sendiri. Nauzzubillah. mintak simpang. kita taktahu masa depan macam mana. Lagipun, dah banyak yang tunjuk orang yang bercinta selepas kahwin pun mampu bahagia sampai akhirnya. 

aku sendiri pun banyak jugak yang aku crush crush ni. terminat kat orang tuu lah, orang ni lah. aku pernah terbaca,

" kalau kita sukakan sayangkan seseorang, jangan bagitahu dia, nanti perasaan itu berkurang, tapi luahkan dekat ALLAH, InsyaALLAH rasa suka dan sayang itu akan makin bercambah."

so, sama sama kita jaga hati kita. Jangan sedih bila kita belum jumpa jodoh kita, jangan sedih bila tengok orang ada boyfriend, kita takdak, ALLAH dah tulis yang terbaik untuk kita. Ada hikmah kenapa jalan hidup kita berbeza. Yang penting, teruskan berdoa. Hidup dalam keberkatan tu manis InsyaALLAH. 

Haa tengok, dah kenapa Nadia cakap pasal cinta kahwin bagai ni. geli sebenarnya. tetiba nak bajet ustazah pulak kan. haha. maaf lah. ni pendapat saya. anda mungkin setuju. anda mungkin tak setuju. sapa setuju angkat tangan! haa over. maaf lagi. haha. 

kbye!

JANGAN DILAYAN HATI ITU =_=

As salam.

Nadia, jangan dilayan hati yang terasa tuu. Biarlah. Ada sebab. Husnuzon.

Sahabat.
walau serapat manapun, bukan bermakna dia hanya bersahabat dengan kita. Dia ada hidup sendiri untuk dia corakkan. Jangan berharap lebih dari yang sepatutnya. Hati sendiri yang akan sakit. Yang akan menangis. Bukan dilupakan. Cuma  bertukar angin sekejap. Biarlah. Seperti yang dijanjikan, kita akan cipta kenangan yang manis manis sahaja kat UIA  ni. so, Nadia. Perkara macam ni, jangan nak ambil hati.

kbye!

p/s : blog ni memang cerita kisah hidup si Nadia ni. cerita tak menarik mana. saja nak over. kalaw rasa annoying, maaf. tiada paksaan. terima kasih. nampak dakk emo tuu nampak dakk??haha

Thursday, 30 May 2013

JANGAN JADI MACAM AKU PLEASEEE!!!

As salam.

yeay yes yes! dah lepas satu paper. Linear Algebra & Differential Equations, anneyong!!!

semangat study entah ke mana. melayang jauh sangat. nak exam ni. tapi relax chill jaa aku. sampai kawan tanya,

kawan: Nadia, hang ada berapa paper lagi?
Me     : ada lagi 4 paper. haha
kawan: awat aku tengok hang macam relax jaa?
Me     : haha. relax siang siang, bila malam aku stay up sampai pagi. haha. nampak jaa relax ni.

the reality is, aku memang relax pun. aku pun pelik. bajet macam study habis dahh.kawan kawan aku yang tinggal satu paper pun tak se relax ni okayy. okay. hoihhh apa ni, baru lepas satu paper dahh rasa heaven semacam. haha. taksesuai okay.orang lain tinggal 1 paper jaa lagi, tapi aku? ada 4 lagi. EMPAT. ohh myyy!

orang bagi gap untuk setiap paper sebab nak bagi peluang study, tapi ni dak, dok buat syok pulak update FB, Twitter  and blog bagai. haha. takpatot nadia, takpatot. next paper is on Saturday 1st June 2013. subjek apa? hmm Introduction to Economics for Engineers. tengok nama subjek pun dahh memang nampak tak kena dengan jiwa aku ni haa. Economics? aku taksuka. sebab tuu aku ambil engineering. tapi kalaw ikut taksuka aku, sampai bila nak maju, yaa dak? haha. so positifkan minda, tenangkan hati, istighfar banyak banyak, terima subjek ni seadanya. Ilmu ALLAH nak bagi takkan kita nak tolak kan? RUGI SANGAT! the next paper after econs are:-

- Organic Chemistry  2nd June 2013
- Thermodynamics 4th June 2013
- Introductory Microbiology 6th June 2013

Lepas tuuuuuuuuuuuuuuuuu, ohh kedah, here i come!!!

wish me luck yaa awak awak awak dan awak semua :)

kbye!

Saturday, 25 May 2013

InsyaALLAH Ameen :)

As salam.



kbye!

Sunday, 19 May 2013

GIRLS OUT THERE!! GRAB THIS! IT'S SO LOVELY ^_^

As salam.

dahh kenapa dengan tajuk entry tuu?
GIRLS? yes girls. okay. boys pun bolehhh.
i am now promoting shawl made by my bestfriend. soo cantik. jatuh cinta sekali tengok. apa yang speacial ?

1- corak-corak dia sangat superb. ada trible. ada paisley ada macam macam lahh.
2- material dia best. well. boleh pilih. you nak chiffon or cotton or satin yang sangat ekslusif or ada satu material tuu sangat senang   dibentuk. kalaw nak plain, boleh request colour jugak ;)
3- boleh request nak panjang and lebar berapa. selalunya dia buat panjang 1.5m n lebar 38 inch.
4- boleh jugak request nak halfmoon or straight macam shawl biasa or square.
5- yang paling penting harga dia murah. macam tak percaya okay. yes. boleh nego dengan cik farah. 

apa buktinya??

1- aku dah tengok corak corak dia. jap. boleh scroll kat bawah ni.
2- memang senang dibentuk. seriously. memandangkan kawan aku ni jahit sendiri, sooo sangat selesa.
3- aku dah request dah. mine is 2.1m x 0.8m. i nak yang besar besar sebab i tak kecik dan nak nampak sopan. soo anda anda boleh pilih n request saiz mengikut keselesaan sendiri. simple.
4- aku request nak straight. kalaw nak halfmoon untuk material bercorak pun boleh. see. lain dari yang lain kan. susah nak jumpa halfmoon bercorak. selalunya chiffon yang kosong and semestinya mahal dari biasa. yaa dak?
5- kenapa aku macam yakin sangat murah? yalah. shawl yang sopan macam tuu RM25 sahaja. dahh tuu home made. InsyaLLAH selesa.
6- macam limited edition jugak lah. excited menanti shawl saya disiapkan. hehehh. boleh request macam2 pulak tuu. mana nak cari yaa dak??? harap maklum lah kalaw nak request saiz harga pun bertambah sikit. yang tuu boleh nego dengan cik Farah yaa. dunworry. harga terbaik lah!! katanya still bawah RM30. berdasarkan pengalaman aku yang selalu survey harga shawl yang labuh ni, harganya more than RM30. :)

here are some pictures :)







this is satin. bercorak. exclusive.

another satin.

tengok jaa ni. wah so bright. so kalaw jenis yang ceria, grab this :)

satin. cantikkkk.

satin lagi. ohh noo. i love it.


yang ni paisley. material mudah bentuk tuu. ini pilihan aku :)

sweet kan?

ni pun sweet. sejuk jaa tengok.

and this one. sangat sweet.

yang ni trible.
another trible. serious suka.


tuu tuu shawl tuu. cantik n sopan kan pemakainya? ni lah cik farah.

yang ni contoh halfmoon chiffon. boleh request nak buat ropol2 kat tepi or tak.
okay. ada banyak lagi sebenarnya. boleh tanya cik Farah sendiri okay. nak tanya saya pun boleh. no problem. untuk postage semenanjung RM6. sebarang pertanyaan dan order anda boleh:

sms/call/whatsapp : 0134096246 

INSYAALLAH puas hati :))

so girls, grab it. yang boys pun boleh tolong grab kan untuk adik, kakak, mak, nenek, aunty, isteri n kawan :)

kbye!



**sigh ^^

As salam.

STUDY WEEK!
It's exam fever now...

hah! exam fever lah sangat, nadia!!
okay exam start 27 may 2013 sampai 6 jun 2013 :)
study lah nadia. nasihat orang pandai tapi hang dok depan laptop bermovie takpun online takpun makan takpun tidoq takpun takpun takpun berangan! 

study lah nadia. kalaw hang tak study, sanggup kaa nanti tengok result tak macam yang diharapkan. takkan tak usaha, lepas tuu dok expect result yang membanggakan. lepas tuu bila tengok result tak mencapai target, sedih. lepas tuu mula nak complain sistem tuu salah, sistem ni sengal, lecturer kedekut markah, lecturer strict, padahal diri sendiri yang salah. haa ni lah manusia, takpernah nak bersyukur.

study lah nadia. hang nak kaa tengok mak n abah sedih. nak kaa? nak kaa? kata nak mak abah bangga. tapi dengan perangai malas macam aku ni, sapa nak bangga??? habaq mai satt.

study lah nadia. hang nak jadi apa dalam exam hall nanti? nak meniru? ishh benda paling pantang seumur hidup aku adalah meniru dalam exam. respect aku pun akan hilang kalaw aku taw budak budak top meniru. haa lagi satu, suruh orang sign attendance. oiii ni memang paling aku takrespect. dahh pandai sangat nak ponteng kelas, tanggunglah sendiri. biaq lah orang nak kata aku skema pun, the thing is, aku memang taksuka n aku memang skema pun. so what?? berkat pun takdak sayang sayangku kalaw buat macam tuu. ishhh kan dah terus lari topik. 

okay. so moralnya, study lah. takkan nak study sikit sikit jaa, nanti markah pun sikit sikit jaa. lepas tuu bila orang tanya result pun malu malu nak cakap. 

ni lah yang dok serabutkan kepala aku. ni lah dia T_T


NADIA, STUDY!! pemalas punya budakkkk.

kbye!

Friday, 17 May 2013

jauh di sudut hati :)

As salam.

nak jugak blog yang cantik kreatif macam orang lain. the problem is...

T_T

kbye!

Thursday, 16 May 2013

A little too late :)

As salam.

Selamat Hari Guru :)

tanpa anda anda siapalah saya :)

Guru PERTAMA :
 mak dan abah. they taught me a lot and still teach me. i'm learning.

Tabika Kemas Kampung Sungai Mati :
cikgu sayang saya! arwah cikgu sentiasa dalam ingatan. semoga     tenang di sana . AL-FATIHAH.

Sekolah Kebangsaan Langgar :
dari darjah 1 sampai darjah 6. daripada kelas terakhir atau kelas ke-6 (daftar lambat) sampailah ke kelas pertama. Alhamdulillah syukur. 

Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Kampong :
dari form 1 sampai form 5. Yes. dapat tawaran ke sekolah lagi baik. tapi SMKHK jadi pilihan. sebab sekolah baru. i'm the first batch. dapat kelas khas. PMR sekali lagi dapat tawaran ke sekolah lain, tapi SMKHK dihati. haha. orang selalu pandang rendah dengan sekolah kami, aku taw. tapi ada aku kisah? sapa sapa pun boleh berjaya kalaw ada effort, sayang. dok lah cerok mana pun :)

Centre for Foundation Studies, UIAM :
Foundation in Engineering. sangat tough. dapat tawaran ke KMPP jugak. tapi i pilih ke UIAM. insyaALLAH, ini yang terbaik untuk aku. lain orang lain. masa kat CFS ni, selalu sangat menangis sebab rasa macam taksanggup nak go through setahun setengah tuu. tapi sokongan parents and kawan kawan. Alhamdulillah, i did it. kenapa setahun setengah? repeat kaa? matrik kan setahun, awat tak pi matrik jaa? jawapannya : setahun setengah sebab ada English Placement Test (EPT) and Arabic Placement Test (APT). masa masuk tuu, kena exam dulu untuk tentukan sama ada kita akan buat asasi setahun, setahun setengah or dua tahun. EPT ada 6 level and APT ada 2 level. i got level 5 for EPT and level 1 for APT. memanglah level 1 sebab i takdak basic arab. belajaq arab pun masa mengaji quran, tuu pun belajaq nama binatang jaa. haha. that's mean, aku tak repeat dan ini yang membezakan Asasi UIA dengan yang lain. plus ada subjek subjek agama yang kami kena fulfill before masuk main camp.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak :
Alhamdulillah. lepas lalui asasi, dapat masuk main campus. syukur syukur. i'm a bachelor student now. Biochemical-Biotechnology Engineering :) Alhamdulillah. i got my first choice.
Untuk course Engineering, UIA tawarkan 8 major, kitaa pilih masa sem akhir kat CFS. kita rank kan ikut pilihan kita. UIA ambil lebih kurang 1000 student untuk asasi engineering, tapi yang akan majoring in engineering lebig kurang 600 student sahaja. kenapa? selalunya student takboleh nak carry on masa asasi, so depa tukaq kos. ada jugak yang kena dismiss dan lain lain. tak semestinya kita akan dapat first choice kita, tuu semua depends on CGPA, kekosongan dannn rezeki. Apa major yang UIA tawarkan untuk bidang engineering??

1) Aerospace Engineering
2) Mechatronics Engineering
3) Biochemical- Biotechnology Engineering
4) Computer & Information Engineering
5) Automotive Engineering
6) Materials Engineering
7) Manufacturing Engineering
8) Communication Engineering

kata senior, ada major yang susah nak masuk. 1,2 and 3 ada limits. contohnya no1 which is Aerospace, dia limit kan kepada 20 orang sekali intake. Mechatronics taksure tapi memang sikit jugak. No 3, biotech, my major, limitkan kepada kurang dari 100. Yang lain katanya takdak limit. means kalaw you mintak, probability untuk dapat sangat tinggi. tapi 600 orang yang terpilih ni, CGPA hendaklah melebihi 2.5 kalaw tak anda akan di hantar ke kos lain. aku dapat mungkin sebab kekosongan dan alhamdulillah rezeki :) batch aku ada 44 orang jaa T_T

dan disinilah aku belajaq sekarang, InsyaALLAH i'll finish in two years time :) for your information, all courses kat UIA ni, duration study adalah 4 tahun. we have to complete subjek subjek agama dan tambahan. Seronok belajaq kat sini. walaupun mostly, lecturer foreigner. and foreign student tersangatlah ramai. *sigh
kalaw tangkap gambaq, cakap aku dekat foreign country pun orang percaya. haahaa

sapa sapa yang nak masuk UIA, anda dialu-alukan. InsyaALLAH :)


** SO SELAMAT HARI GURU UNTUK CIKGU CIKGU AND LECTURERS SEMUA SEMUA SEMUA SEBAB DAH DIDIK SAYA MENJADI SAYA YANG HARI INI. ANDA HEBAT. I LOVE YOU!!

yaa. dah nak berakhir dah 16 Mei 2013. i know. i'm a little too late.

kbye!

Sunday, 12 May 2013

sayang mak, rindu mak :)

As salam.

sebaknya rasa nak type entri kali ni. 
rindukan mak yang sakit kat rumah. sedihnya YA ALLAH...ALLAH.
mak kena strok lebih kurang 2 bulan lepas. badan sebelah kiri lemah. 
kesian mak. masa dapat taw berita tuu, i was in algebra class. menangis jangan cakaplah.
kelas petang ponteng sebab terus balik. sampai kedah around 12am terus pi jaga mak kat hospital.
masa jumpa mak, mak tidoq. taksampai hati nak kejutkan plus tataw nak react macam mana depan mak dalam keadaan mak yang takboleh cakap dengan jelas lagi. strok kan. Alhamdulillah, syukur sebab dapat bantu mak mandi, makan n pakai baju semua. i stayed kat hospital jaa for 4days before balik UIA. 
sepatutnya balik ahad pagi, tapi pagi masa mandikan mak, pakaikan baju kat mak, she cried looking at my face. sebak rasa. tapi tak nangis depan mak. tak cool lah kan. teruss tak jadi balik. balik keesokannya. tuu pun terpaksa T_T

sejak dari tuu, mak dah tak kejaa. she stay at home jaa. tapi sunyi lah kan. anak ada 3jaa. pompuan semua. kakak dah kawan n adik bella dah kejaa. and aku? study lagi. abah pulak laki. mana pandai sangat. so my only sister, balik jaga mak. tinggal lah husband dia kat KL ni. takpaa. paham. 

3 hari lepas, kakak cakap mak macam dah lain. mak mintak belikan katil bujang, telekong baru, kemas rumah cantik cantik n mak pesan macam macam. dekat aku mak kata,

"nanti kalau mak dah takdak, ingat jaga abah n bella, bantu kak kalau dia perlu bantuan, jangan bergaduh tau."

"apapun jadi mak dah redha, tiap kali solat mak mintak ampun dengan ALLAH. mak nak ingatkan 'ade', nanti dah keja n senang jangan sombong tau, sentiasa merendah diri, ingat pengorbanan bella. kakak takpaa, dia dah ada suami. 'ade' n bella la akan sunyi bila mak takdak nanti. sentiasa sokong menyokong satu sama lain."


ni semua mesej mesej mak. what do you expect me to do bila dapat mesej ni? I CRIED of course. takut. aku tak pernah rasa hilang orang yang dekat dengan aku.kakak cakap, mak nak kami redha kalaw sesuatu terjadi, mak nak kami bersedia. dalam fikiran yang aku fikir,

" kalau mak takdak, nanti aku grad, sapa nak datang tengok aku konvo, sapa nak nasihatkan aku bila aku down, sapa nak dengar cerita cerita bila aku balik rumah, sapa nak tengok aku merapu berlakon sorang2 depan cermin, sapa nak masak bila raya nanti, sapa nak kejutkan aku kalaw aku ada exam in case aku tak terjaga nanti, sapa nak kol aku subuh subuh, semua tuu mak buat. abah buat. aku tak sempat nak bahagiakan mak, nak bawak mak pi mekah. aku tak kuat, ya ALLAH."

adik n kakak tanya, aku redha dak dengan semua ni. mula mula memang aku tak redha. nak sebut 'aku redha' pun aku takmampu. tapi aku ambik wudhu', aku solat dan berdoa. Dalam doa, aku cakap,'aku redha'. Allah bagi aku kekuatan walaupun airmata berjuraian. kalaw itu yang terbaik untuk mak, permudahkan segalanya. Semalam wish hari ibu kat mak n mak cakap, "I MISS YOU".

mohon doa dari semua semoga mak dipanjangkan umur dan sihat. AMEEN.

@UUM. mak dengan b, my only anak sedara.
2 tahun lepas :)

** 'ade' atau 'kakde' adalah nama panggilan family untuk aku :)

kbye!

Monday, 6 May 2013

ALHAMDULILLAH, SYUKUR! :)

As salam.

life is a test kan?
sooo jangan mengeluh and terus down bila kita diuji.
senyum, terima dengan hati yang terbuka. Bersyukur dengan ujian yang ALLAH bagi. 
kita kena kuat. ada ganjaran untuk kita. itu pasti. ada hikmah. yaa. sangat pasti. mungkin kita tak nampak sekarang, kalaw bukan kat dunia, insyaALLAH di akhirat sana. jangan mengeluh. DIA tahu yang terbaik untuk kita. terima seadanya. teruskan usaha. jangan meraung tangisi nasib diri yang kita rasa malang. tapi bangun dan buktikan yang kita pun boleh berjaya macam orang lain. ALLAH kurniakan akal. gunakan sebaiknya. buat sesuatu yang baik yang bagi faedah untuk diri sendiri and orang lain. insyaALLAH :) 

ingatan untuk diri sendiri jugak yang kadang kadang hilang pertimbangan bila tengok result exam tak seperti yang diharapkan. haha :)

kbye!

Friday, 26 April 2013

i miss you! wholeheartedly! :)

As salam.
hi!
hello!
salam sejahtera!

everything had changed! seriously! well, nadia! you can't expect things to be like before after what had happened. freedom of choice. people can choose whom they want to be friend with. ayayaiii no no stop crying eventhough it's hurt so much. kalaw dulu rapat yang sangat rapat, after what had happened, yang serapat rapat dahulu, takkan serapat tuu lagi. As the time passes, people changed! hang pun ada salahnya, Nadia. jangan expect high. serindu mana pun hang, takkan dapat ubah tuu. ahh my BFF, really miss you! seeing you happy without me, it hurts. but it's okay, i know you're surviving and living. semoga berjaya dan terus bahagia! ini doa aku :)

terjumpak quote ni and aku terus emo,

" we shared smiles, we wiped the tears, and through the years our friendship has grown along with us. we are now 21. we met when we were 18. it almost 3 years. together we climb hills and trees, went through the hardship together, we are girls that have strong heart. you are truly a wonderful part of my life. saranghae, chinggu!"

kbye!

Tuesday, 16 April 2013

AILUROPHOPBIA??? T_T

As salam :)

takut kucing bukan bermakna seseorang tuu benci taksuka kucing. Bagi aku, orang yang takut kucing ni, bukan taksuka, cuma tak berani nak dekat apatah lagi nak pegang. Dengar kucing 'meowww' pun dah rasa macam nak luruh jantung yang sentiasa berdebar kencang. Kenapa aku cakap macam ni? kenapa? haha. Sebab aku lah yang takut kucing tuu. Cakap berdasarkan pengalaman sendiri. Kalau aku memang aku takdera kucing, dia pun makhluk ALLAH. Aku cuma takut. Aku pun tataw pasaipa yang takut sangat. haha. Bagi aku, kalaw takut kucing, takperlulah sampai nak sepak terajang kucing tuu, just jauhkan diri jaa. So that, hang rasa selamat. Kalaw aku, aku akan cuba sedaya upaya untuk nampak cool depan kucing tersebut. haha. Bayangkan kalaw aku dok tunjuk muka cuak melampau depan kucing tuu, tah tah kucing tuu dok gelak geli hati tengok aku. Buat malu jaa. Tapi kalaw dekat sangat dengan kucing, ke'cool'an aku hilang jugak. Biaq lah kucing tuu nak gelak pun, ada aku kisah? haha. Tapi aku rasa sedih terkilan sangat, aku takdapat nak tolong kucing yang dalam kesusahan, contohnya dia pandai panjat bumbung, tapi takreti turun. Sedih tengok dia meowww meoww aku takboleh buat apa. Bajet penyayang lah tuu? Memang aku penyayang pun. haha. Ingat lagi, kalaw keluar dengan family, mesti merengek mengada kat abah dengan mak kalaw ada kucing. Semua orang tengok. Lepas tuu kena sound dengan mak, Free free jaa. Pernah sekali tuu, ada kucing tumpang rumah aku sat, memang aku tutup pintu bilik sentiasa. Rasa tak secure kot. Sekali mak masuk bilik aku, kucing masuk sekali, tapi memandangkan aku tengah tidur dan taksedar kehadiran kucing tuu yang rupa rupanya daah berjaya share selimut dengan aku, aku pun terus tidur dengan aman bahagia diiringi suara mak berleter. Tiba tiba, kaki aku rasa something. Aku ingat kan jam 'pooh' aku, terus letak kaki atas'something' tuu. Lepas tuu rasa macam pelik dannnnnnnnnn ,'kucinggg'. Terus bangun duduk keluar bilik diiringi kata kata mak yang sangat membina, " lepas ni senang nak gerak bangun tidoq". haha. Sebenarnya banyak lagi misah aku dengan kucing comel. Tapi dahh malas nak ceritaa dah. haha. Nabi suka kucing, aku pun suka cuma tak berani, i'll try. hee. Nama scientific bagi golongan yang fobia dengan kucing ialahhhhhhh, 

                                        AILUROPHOBIA

Miss Wikipedia cakap:

Ailurophobia is a type of specific phobia: the persistent, irrational fear of cats.It comes from the Greek αἴλουρος (aílouros), "cat" and φόβος (phóbos), "fear".The phobia manifests itself in different ways. Some sufferers experience it almost all the time, others just in response to direct stimuli. Some possible situations that can trigger the fear of cats are: hearing purring, seeing a cat in real life, imagining the possibility of a cat attack, the thought of meeting a cat in the dark, cats in pictures and on television, and cat-like toys and cat-like fur.

dan aku termasuk dalam golongan tersebut. Bangga? NO. aku malu.

Nak sangat main gomol gomol dengan kucing tapi T_T




comel kan? haishhh. geram!

patah hati.

kbye!



life sooo hectic! :)

As salam.

lama sudah tak update :)
kenapa? 
sibuk. sibuk. taw dak? haishhh stress!! T_T
bulan march harituu exam midterm. susah? semestinya!
berhari stay up sampai pagi, semua sebab exam. berkorban lahh kan.
result? ;) 
buat masa ni, ALHAMDULILLAH. ada jugak A.
paper semua killer!

1- thermodynamics
2- organic chemistry
3- introductory microbiology
4- algebra
5- introduction to economics

bukan tuu jaa. mana dengan report belambak. sedih! taksempat nak bersosial. okay. buat terok.

nak mengadu lagi ni.

kuiz every week. every week okay. kalaw satu takpaa. ni at least 3 kuiz seminggu. macam harituu ada 6 kuiz dalam seminggu, 2 report individual, presentation etc. hectic! rasa macam hampir hilang arah sat. sesusah susah asasi dulu, lagi susah sekarang ni. stress sku stress. buat tuu buat ni, study sana study sini, meeting sana sini, assignment lagi. letih taw dakk pk semua ni. kalaw tak study, fail. bila fail sedih, mak abah lagi sedih, credit hour bertambah, tarik pointer dushh dushh lepas tuu down lepastuu mula lah nak buat merapu merajuk rasa macam akulah insan paling bodoh dalam dunia ni. hoihh apa nadia ni. bukan bukan pulak dia.but you know what? sem ni aku happy. sebab aku study apa yang aku suka and ternanti nantikan walaupun kuiz bersusun setiap minggu. so i sangat enjoy study.phewww

macam banyak sangat aku mengeluh ni, hai nadia, dah dah lah tuu :) everything happen for a reason. ALLAH knows best ** muka kembali tabah ;)

janagn nak mengeluh dah. banyakkan usaha, teruskan berdoa, semoga dipermudahkan segalanya dan tawakal sayanggg. 

"Mak, cepat sihat please...kakde teringin sangat nak cakap kakde 'tension' study, tapi kakde tahan tak habaq kat mak. kakde tamaw mak stress. kakde paham, mak sakit, strok tuu buat mak dah tak sekuat dulu, doktor cakap mak takboleh stress, so i won't tell you eventhough kakde rasa nak jaa kol mak 'qeyau' cakap study susah macam kakde selalu cerita sebelum ni. mak, jangan risau. i'm doing good. hehe. seperti biasa, mak akan disajikan dengan cerita cerita lawak kakde bila kakde balik nanti, sila sediakan telinga anda yaa. dengar anak anak bercerita. padahal hari hari telefon cakap itu ini.kakde nak mak sihat. ameen."

kbye!


don't forget to smile, guys!

Ibnu Taimiyah berkata :
"Jika masalah yang saya hadapi menemui jalan kebuntuan,
maka saya akan beristighfar kepada Allah lebih kurang 1000 kali, nescaya Allah akan membukakan jalan keluar".
Beliau berkata lagi dengan ucapan la hauwla wala quwwata illa billah :
"Semua beban boleh ditanggung, segala kerisauan boleh diatasi dan kehidupan menjadi lebih mulia."
Senyum dalam kedukaan, tanda insan punya keimanan.
Yakin semua yang terjadi adalah ketentuan-NYA :)